MEMUAT

Taip untuk mencari

Free Fire Mengumumkan Kolaborasi dengan Assassin’s Creed

atq_hyprgame
Kongsi

Terbaru,Garena telah mengumumkan kolaborasi pertama mereka di tahun 2022 yang akan membawa kandungan daripada siri permainan video Assassin’s Creed.

Permainan video Assassin’s Creed cukup digemari di kalangan komuniti PC di seluruh dunia, dengan adanya kerjasama ini, Garena Free Fire dapat membina satu strategi baru untuk menyampaikan keseronokkan dan keunikkan kandungan yang mengujakan kepada komuniti pemain permainan PC diluar sana.

Kolaborasi ini tidak hanya tertumpu kepada pakaian dan aksesori sahaja, malah mereka juga akan mengeluarkan watak ikonik Assassin’s Creed kedalam permainan Free Fire.

Mereka masih lagi belum memutuskan bila tarikh yang tepat kolaborasi ini bakal dilaksanakan tetapi ianya akan dikeluarkan pada bulan mar nanti.

Selain daripada Assassin’s Creed, Free Fire juga telah bekerjasama dengan McLaren, One Punch Man, Money Heist, Street Fighter dan banyak lagi francais pada masa lalu, dan kami boleh menjangkakan banyak lagi yang akan berlaku pada tahun 2022 jnanti.

Pada tahun lalu, Free Fire telah memenangi Anugerah Esport 2021 sebagai ‘Permainan Mudah Alih Esport’ pada tahun ini. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Free Fire memenangi anugerah itu.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *