Semalam, Garena Free Fire sekali lagi telah mengumumkan kolaborasi antara permainan itu bersama rancangan Netflix Money Heist (La Casa De Papel). Dari 3 Disember hingga 14 Disember, Money Heist akan berada dalam permainan Free Fire.
Kolaborasi ini bertajuk Final Episode : Raid and Run, memberi misi kepada pemain bersama Profesor untuk memburu emas dan menyelamatkan skuad Free Fire yang yang telah ditangkap semasa melakukan rompakan.
Pemain juga boleh melengkapkan diri dengan item yang bertema eksklusif dan bertarung bersama profesor dengan penuh bergaya. Pemain boleh mendapatkan misi terakhir dan mendapatkan koleksi Free Fire x Money Heist yang eksklusif.
Siri televisyen tindakan jenayah Sepanyol pertama kali bekerjasama dengan permainan itu pada September 2020. Lebih setahun kemudian, ia kembali ke Free Fire dengan acara dalam permainan, Episod Akhir: Raid and Run.
Garena telah menyatakan bahawa butiran lanjut mengenai kerjasama itu akan didedahkan dalam beberapa hari akan datang.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!