MEMUAT

Taip untuk mencari

Adakah PUBG NEW STATE ‘DEAD GAME’ di Asia ?

atq_hyprgame
Kongsi

Seperti yang kita semua ketahui, PUBG NEW STATE telah dilancarkan pada 11 November tahun lalu. Permainan ini juga merupakan sekuel bagi PUBG MOBILE. Semasa diawal pelancaran PUBG NEW STATE, permainan ini mendapat sambutan yang cukup menakjubkan.

Dalam masa tempoh masa seminggu pengeluarannya, krafton telah berjaya menjana pendapatan sebanyak USD2.6 juta (RM10.98 juta) melalui Apple App Store dan Google Play

Namun jumlah pemain yang memuat turun permainan itu mencecah sebanyak 39.4juta pemain dalam masa 8 hari sahaja dan ianya merupakan jumlah yang begitu besar.

Pada ketika itu kita boleh dikatakan bahawa permainan ini bakal mendominasi permainan-permaianan lain di ASIA terutamanya di Malaysia. Namun sebaliknya terjadi apabila permainan ini seakan-akan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan di Malaysia.

Mungkin faktor permainan seperti Mobile Legend, PUBG MOBILE , Free Fire dan juga Wild Rift telah lama bertapak dan mempunyai komuniti sendiri yang cukup kuat dikalangan remaja dan juga streamer di Malaysia membuatkan PUBG NEW STATE agak sepi dan sukar berkembang.

Perkara ini boleh diklasifikasikan sebagai “Dead Region” bukan “Dead Game”. Semoga di masa mendatang KRAFTON dapat mengatasi masalah ini dan berjaya mempromosikan permainan PUBG NEW STATE dengan lebih baik. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *