MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , ,

Komuniti BGMI tidak bersetuju GodLike ke PMGC

Kongsi
Komuniti BGMI tidak bersetuju GodLike ke PMGC

Komuniti Battle Ground Mobile India (BGMI) masih lagi hangat dengan isu yang terjadi terhadap wakil pasukan negara mereka ke pentas PUBG Mobile Championship (PMGC). Posting yang dibuat oleh PUBG Mobile Esport yang mengumumkan pasukan GodLike yang akan bertanding di PMGC nanti dihujani oleh kecaman dan kritikan komuniti BGMI.

Seperti yang kita sedia tahu, juara bagi kejohanan BGIS baru-baru ini adalah pasukan Skylightz Gaming dan diikuti oleh dua lagi pasukan iaitu pasukan TSM dan juga Team XO. Malang buat pasukan juara, apabila mereka gagal untuk melanjutkan perjuangan di peringkat dunia setelah didapati mempunyai masalah isu pelepasan dan juga vaccination.

Malah dua pasukan teratas juga tidak dapat untuk mewakili India kerana mempunyai masalah yang sama. Justeru, slot berkenaan telah diberikan kepada pasukan GodLike yang menduduki tempat ke 4 di kejohanan itu. Disebabkan perkara ini, komuniti BGMI telah mengutuk dan mengecam tindakan yang diambil oleh pihak BGMI dan Krafton untuk memberikan slot berkenaan kepada pasukan yang tidak berada di tiga teratas.

Credit : FB PUBG Mobile Esport

Terdapat pihak yang telah meluahkan rasa ketidak puashati, apabila pihak penganjur tidak memberi tahu perkara itu lebih awal kepada pasukan-pasukan yang ikut bertanding di BGIS. Bukan itu sahaja, rata-rata mengatakan pihak BGMI melakukan kroni antara mereka demi mendapatkan keuntungan pihaknya sendiri.

Walau bagaimanapun, jemputan yang diberikan oleh pihak Krafton dan Tencent kepada BGMI sememangnya ingin membina semula pertalian yang terputus selama ini. Akan tetapi, pihak BGMI yang memilih pasukan yang akan mewakili negara mereka di kejohanan itu. Jika terdapat sebarang permasalahan dan kesuntukkan waktu, semestinya itu tidak memberikan mereka pilihan lain untuk memilih pasukan yang sudah mempunyai dokumen lengkap dan pengalaman untuk bertanding di pentas dunia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *