MEMUAT

Taip untuk mencari

Pre PMPL S5: Oliyo akan sertai roster Farang Lejund di PMPL S5?

atq_hyprgame
Kongsi

Farang Lejund merupakan pasukan yang dimiliki oleh organisasi e-sukan, TheFarang Esports yang berjaya kekalkan slot mereka di PMPL MYSGPH S5. Organisasi e-sukan itu diperkuat oleh Fawwaz “Soultannn” Sehaimi & 6 barisan pemain profesional; Repoboy, AdikLuq, RIKI, Helton, Luppy & JimmyOP. 

Walaupun baru pertama kali membuat debut mereka di PMPL MYSG S4, pasukan baru ini telah membina satu penanda aras yang besar buat pasukan-pasukan veteran yang lain.

Sebagai pencabar baru dalam arena PMPL, Farang kini berada di kedudukan yang sangat baik. Namun, cabaran akan jadi lebih besar dengan penggabungan satu lagi negara Asia Tenggara (Filipina) di dalam PMPL MYSG S5.

Sumber: TheFarang Esports

Farang Lejund di ISL SA Championship bersama SEM9.GANK & Team SMG 

Terbaru, organisasi e-sukan dari Bangladesh telah pun mengadakan kejohanan ISL SA Championship. Terdapat 3 pasukan Malaysia yang mengikuti kejohanan tersebut iaitu Farang Lejund, SEM9.GANK & Team SMG.

Semalam telah bermulanya hari pertama ISL SA Championship di mana 20 pasukan akan berentap mendapatkan kedudukan 16 terbaik untuk ke Grand Final. 3 pasukan yang telah dijemput terus ke Grand Final adalah Team i8, Stalwart Esports & DRS Gaming. Kejohanan itu akan berlangsung dari 5 Januari sehingga 8 Januari.

Sumber: Insane Scrim League
Sumber: Insane Scrim League

Oliyo main untuk Farang Lejund di ISL SA Championship 

Seperti biasa, buka sahaja musim baru PMPL, pelbagai khabar angin tentang pemain-pemain PUBG Mobile Malaysia akan muncul. Sebelum transfer window bermula, memang akan ada desas desus tentang pemain yang mula mengisi roster pasukan lain. 

Kalau dilihatkan semalam, dalam line up Farang Lejund untuk ISL SA Championship, Oliyo, pemain bagi TABAHNSEA telah pun bermain bersama dengan line up utama Farang Lejund di kejohanan tersebut. 

Sumber: TheFarang Esports
Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Di dalam poster kejohanan ISL SA Championship bagi pasukan Farang Lejund juga, kelihatan bahawa poster itu merupakan poster baru. Dengan penambahan Oliyo di dalam poster tersebut, lebih menguatkan lagi khabar angin bahawa beliau akan sertai pasukan itu. 

Kalau nak diikutkan, pemain ganti tidak perlu pun berada dalam poster kejohanan seperti 4RivalsStonedALL semalam yang bermain untuk SEM9.GANK, menggantikan Dep. Tetapi untuk Farang Lejund, mereka menambah Oliyo di dalam “line up rasmi”.

Adakah Oliyo hanya mengisi kekosongan line up mereka atau Oliyo memang akan sertai roster Farang Lejund di PMPL MYSGPH S5? 

Selagi transfer window belum dibuka & ditutup, tidak boleh dipastikan sama ada khabar angin tersebut benar atau tidak. Tetapi yang pasti, setiap musim memang akan ada pengeluaran & penambahan pemain. Apa-apa pun tunggu sahaja pengumuman rasmi Farang Lejund sebelum musim baru PMPL bermula.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *