MEMUAT

Taip untuk mencari

LCK 2022: 10 pasukan Korea Selatan di Musim LCK ke-15

atq_hyprgame
Kongsi

Musim kompetitif bagi League of Legends akan bermula beberapa hari lagi di mana LCK 2022 Spring Split bakal berlangsung pada 12 Januari. Kejohanan itu akan menampilkan 10 pasukan terbaik Korea Selatan yang bersaing untuk merebut tempat dalam Mid-Season Invitational 2022.

10 pasukan Korea Selatan yang akan sertai LCK 2022 Spring Split adalah DWG KIA, DRX, BRION Esports, Gen.G, Liiv SANDBOX, Kwangdong Freecs, KT Rolster, T1, Hanwha Life & NS RedForce.

Sumber: LCK Global
Sumber: LCK Global

LPL 2022 Spring Split akan bermula 2 hari awal iaitu pada 10 Januari. LPL menampilkan 17 pasukan dari China. Bagi Mid-Season Invitational 2022, terdapat 12 wilayah yang akan merebut tempat 12 terbaik untuk ke MSI 2022. 

Berikut adalah wilayah & kelayakan dari kejohanan serantau di wilayah tersebut: 

WilayahKelayakan dari
ChinaLPL Spring Playoffs
EropahLEC Spring Playoffs
KoreaLCK Spring Playoffs
Amerika UtaraLCS Mid-Season Showdown
PCSPCS Spring Playoffs
VietnamVCS Spring Playoffs
CISLCL Spring Playoffs
Amerika LatinLLA Opening Playoffs
TurkiTCL Winter Playoffs
BrazilCBLOL Split 1 Playoffs
JepunLJL Spring Playoffs
OceniaLCO Split 1 Playoffs
Sumber: Leaguepedia

Format untuk LCK 2022 Spring Split lebih kurang dengan LPL

LCK 2022 Spring Split akan menampilkan 10 pasukan dalam peringkat kumpulan yang akan berlangsung selama 9 minggu. Setiap pasukan akan bermain sebanyak 18 perlawanan dengan double round-robin, format BO3. 

Hanya 6 pasukan teratas akan mendapat tempat untuk bersaing dalam playoffs dengan penyudah tempat pertama & kedua mendapat jalan pintas ke separuh akhir. Pusingan playoff itu sendiri akan menjadi single-elimination bracket dengan setiap siri menjadi BO5.

6 pasukan teratas juga akan memperoleh championship points yang akan memainkan peranan yang lebih besar apabila mereka semakin hampir dengan  World Championship akhir tahun ini. LCK juga membenarkan pasukan membuat perubahan jadual mingguan. 

Akan ada permainan yang bakal dimainkan sebanyak 5 hari seminggu kerana kelayakan serantau bagi Sukan Asia Hangzhou 2022.

Juara LCK Spring & Summer 2021, DWG KIA pencabar terkuat Korea Selatan 

Setelah DWG memenangi Spring & Summer 2021, semua mata tertumpu kepada DWG sekali lagi untuk melihat sama ada mereka boleh menjadi pasukan teratas di Korea Selatan sekali lagi atau tidak.

Seperti yang sedia tahu, pasukan itu telah pun menjalani rombakan roster & berjaya untuk kekalkan pemain kuat mereka seperti Heo “ShowMaker” Su & Kim “Canyon” Geon-bu yang diharapkan dapat melonjakkan lagi potensi pasukan itu ke tahap yang lebih tinggi pada musim ini.

LCK mempertimbangkan penonton secara langsung untuk Spring Split 2022

Peminat League of Legends boleh dialu-alukan kembali ke Seoul, Korea Selatan di LoL Park untuk LCK Spring Split yang akan datang, menurut Lee Jeong-hun (league’s secretary-general).

Seperti yang sedia tahu, Riot tidak membuka gelanggang LCK untuk penonton sejak wabak Covid-19 bermula pada peringkat awal 2020. Sejak itu, hanya beberapa peminat dibenarkan untuk kembali ke venue di Summer Split 2021, tetapi hanya dalam kuantiti yang kecil. 

Sumber: Ashley Kang

Tetapi Ashley Kang, yang pertama kali melaporkan berita itu, menyatakan bahawa terdapat “kemungkinan tinggi” bahawa liga akan membuka kembali untuk tontonan umum buat kali pertama dalam beberapa bulan.

Melihat dari kadar Covid-19 di Korea Selatan, tempat itu mungkin sekali lagi terhad kepada bilangan penonton yang lebih kecil. LCK 2022 Spring Split ditetapkan untuk bermula pada hari Rabu depan, 12 Januari.

Pada hari pembukaan liga, DRX akan menentang Liiv SANDBOX & kemudiannya, T1 akan bertembung dengan Kwangdong Freecs. Informasi ini diambil sedikit sebanyak dari Gosu Gamers, Dot Esports & LCK Global.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *