Lengkap! 20 pasukan PUBG Mobile Asia Tenggara akan mewakili wilayah mereka di SEA EC 2021 untuk mengangkat piala pertama SEA EC. Terdapat 10 wilayah Asia Tenggara yang akan menghantar 2 pasukan di kejohanan tersebut.
SEA EC 2021 merupakan kejohanan rasmi pertama yang diadakan oleh Vietnam. Vietnam Recreational eSports Association (VIRESA) & VNG Corporation merupakan penganjur utama bagi kejohanan ini.
Tujuan SEA EC 2021 diadakan adalah untuk memberi peluang kepada atlet-atlet e-sukan mempersiapkan diri untuk menghadapi Sukan SEA ke-31 yang dianjurkan oleh Vietnam. Acara utama Sukan SEA ke-31 akan diadakan pada 12 Mei 2022 sehingga 23 Mei 2022.
Kumpulan hadiah yang ditawarkan oleh SEA EC 2021 adalah sebanyak $141,600 USD (kira-kira RM 600,000). Bagi PUBG Mobile, kumpulan hadiah yang ditawarkan adalah sebanyak $60,000 USD (kira-kira RM 250,890).
Negara | Pasukan |
Malaysia | Geek Fam, 4Rivals Alliance |
Indonesia | RRQ, Bonafide |
Vietnam | D’Xavier, Eagle Esport |
Singapura | Farang SG, Mugen |
Laos | ADDFRIEND, Nine Esports |
Brunei | Buah Gaming, Auto Too Soon |
Myanmar | Vangon Galacticos, Genesis Esports |
Cambodia | Orange Play, Angkor PUBG |
Thailand | FaZe Clan, The Infinity |
Filipina | Beta Sentinel, M42 Esports |
Kedudukan | USD |
Juara | $11,000 |
Tempat Kedua | $8,000 |
Tempat Ketiga | $6,000 |
Tempat Keempat | $4,000 |
Tempat 5-8 | $2,000 |
Tempat 9-20 | $1,000 |
Anugerah | USD |
MVP Kejohanan | $1,000 |
Gunslinger | $1,000 |
SEA EC 2021 akan mula membuka acara mereka pada 2 Januari 2022. Bagi PUBG Mobile, 20 pasukan yang mewakili wilayah mereka akan melalui peringkat saringan pada 3 Januari 2022 sehingga 5 Januari 2022.
4 pasukan terbawah akan tersingkir manakala 16 pasukan teratas akan berentap di peringkat akhir yang akan bermula pada 7 Januari 2022 sehingga 9 Januari 2022.
Di peringkat saringan, kesemua 20 pasukan akan bermain 4 pusingan dengan jumlah pusingan sebanyak 12 sepanjang 3 hari ia berlangsung. Bagi peringkat akhir pula, 16 pasukan terbaik akan bermain 5 pusingan sepanjang 3 hari dengan jumlah pusingan sebanyak 15.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang SEA eSports Championship 2021 (SEA EC 2021) yang akan buka arena mereka pada 2 Januari 2022 ini, boleh ikuti laman rasmi Facebook SEA Esports Championship.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!