MEMUAT

Taip untuk mencari

Pre PMPL S5: Ke mana hala tuju Stoned selepas keluar 4Rivals?

atq_hyprgame
Kongsi

Selepas berita pengeluaran Jumper dari Team Secret, 4Rivals Alliance juga melepaskan pemain mereka iaitu 4RivalsStonedALL yang pernah mengisi roster 4Rivals di PMGC 2021. Status terkini Stoned adalah sebagai free agent & beliau boleh sahaja dimiliki oleh mana-mana pasukan PMPL.

Kini, persoalan tentang ke mana Stoned akan berlabuh selepas keluar dari 4Rivals Alliance menjadi tanda tanya. Ada khabar angin yang mengatakan bahawa beliau akan mengisi slot pemain ke-6 pasukan SEM9.GANK.

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Stoned kerap menjalani scrim bersama dengan SEM9.GANK

Kalau bercakap soal scrim, memang tidak dapat dinafikan, Stoned kerap kali menjalani scrim bersama dengan SEM9.GANK. Beliau juga pernah melengkapkan slot pemain SEM9.GANK di kejohanan kecil. Disebabkan SEM9.GANK telah mengumumkan akan ada penambahan pemain dalam roster mereka, khabar angin tentang Stoned ke pasukan itu hampir tepat. 

Kalau ada antara komuniti PUBG Mobile yang mengikuti livestream Stoned, ManParang, Bravo, Putra & Draxx, boleh lihat bahawa Stoned memang memiliki chemistry yang baik bersama dengan barisan pemain SEM9.GANK ketika menjalani scrim bersama. 

Kemasukan Stoned ke dalam SEM9.GANK juga akan memberi peluang untuk beliau ketengahkan bakat yang ada. Selain dari memiliki fire power yang baik, Stoned juga boleh bermain sniper dengan sangat baik. Dari segi komunikasi, beliau tidak memiliki masalah berkomunikasi bersama dengan SEM9.GANK.

Sumber: SEM9 GANK

Barisan pemain SEM9.GANK kini terdiri daripada ManParang, Draxx, Putra, Bravo & Dep. 5 pemain ini sebenarnya sudah cukup kuat untuk buktikan kemampuan mereka dalam arena PMPL. SEM9.GANK juga memiliki keistimewaan dalam melakukan comeback di saat akhir dalam permainan.

Kadang-kadang comeback yang mereka lakukan boleh dikatakan luar biasa. Seiring dengan motivasi yang pernah diberitahu oleh Hahagus; “Selagi permainan belum tamat, keputusan belum lagi ada, selagi itu kita berjuang.”

Apa pendapat anda? Adakah Stoned memang 100% akan sertai barisan pemain SEM9.GANK?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *