MEMUAT

Taip untuk mencari

M3: King of Maniac! Paquito Alberttt tutup perlawanan dengan maniac

atq_hyprgame
Kongsi

Bukan satu tetapi dua Maniac yang didapatkan oleh RRQ Alberttt membuktikan bahawa beliau merupakan pemain terbaik bagi pasukan RRQ Hoshi. Memang power Paquito Alberttt!

Team SMG & RRQ Hoshi telah membuka peringkat kumpulan M3 yang terakhir bagi Kumpulan D untuk cuba mendapatkan slot ke upper bracket playoffs. 

Sumber: Mobile Legends Esports
Sumber: Mobile Legends Esports

Kedua-dua pasukan ini mempunyai kekuatan yang tersendiri. Bagi pasukan Malaysia, tidak boleh dinafikan, Team SMG memiliki kelebihan dari segi mekanik & pengawalan permainan yang baik

Mereka mampu memberi kejutan di dalam kejohanan. Bermain dengan sangat berdisiplin, mereka antara pencabar utama dari Malaysia.

Powerhouse Indonesia, RRQ Hoshi adalah Raja segala Raja. Mereka adalah Raja Mobile Legends yang terus menerus memberi konsistensi & momentum yang sangat baik. Skil mekanik yang dimiliki oleh pasukan itu adalah kunci utama kekuatan RRQ Hoshi

Sumber: Mobile Legends Esports

Pada awal perlawanan, RRQ Hoshi telah pun melakukan aggresive push dengan mendapatkan penyingkiran awal di minit ke-3 terhadap Team SMG membuatkan Team SMG harus mengikut corak permainan RRQ Hoshi. 

Dengan penggunaan hero Clint yang dimainkan oleh SaSa berjaya membuat pemain itu mendapatkan double kill untuk pasukannya. Pergerakan yang laju! 

Tetapi, RRQ Hoshi berjaya outplay drafting Team SMG dan cuba untuk mendapatkan mata singkir terhadap pasukan itu. 

Albertt berjaya mendapatkan maniac pertama buat RRQ Hoshi di minit ke-7. Paquito Alberttt memang sangat sakit. Seawal 7 minit, Alberttt berjaya mendapatkan 7 mata singkir tanpa sebarang kematian.

Kedua-dua pasukan memilih untuk memainkan banyak hero late game. Draft bagi kedua-dua pasukan memang seimbang cuma dengan adanya Jawhead dari pasukan RRQ Hoshi, mobility hero itu lebih tinggi. 

Sumber: Mobile Legends Esports

Di minit ke-12, pengawalan peta yang baik diberikan oleh RRQ Hoshi disebabkan mereka telah pun memiliki Lord & 7 turret Team SMG. Dengan kejatuhan inhibitor turret, ia dapat mencacatkan lagi pergerakan Team SMG. 

Team SMG masih belum membuat farming yang sangat diperlukan oleh mereka. Serangan demi serangan yang dibuat oleh RRQ Hoshi memang akan memperlahankan lagi perjuangan Team SMG. 

King of Maniac! Di akhir-akhir minit ke 14:47, damage yang diberikan oleh Paquito Alberttt memang sangat OP sehingga Paquito beliau mampu melaksanakan wiped out terhadap Team SMG. 

RRQ Hoshi menamatkan permainan di minit ke 14:54 dengan memasuki base Team SMG dan terus mendapatkan kristal mereka. Pasukan itu menutup perlawanan dengan Maniac dari Alberttt.

Sumber: Mobile Legends Esports

GGWP buat pasukan Malaysia, Team SMG. Ini baru perlawanan pertama. Masih berbaki 2 perlawanan buat Team SMG. Steady Bom Pipi! Don’t give up, Team SMG!

Tamat sudah perlawanan Team SMG menentang RRQ Hoshi. Selepas ini, Team SMG akan teruskan perlawanan menentang pasukan tuan rumah, RSG SG (4pm) & GX Squad (6pm).

Dapatkah Team SMG mengunci slot mereka untuk ke upper bracket playoffs bersama dengan Todak? 

M3 Championship pada kali ini akan membawa 16 pasukan di pentas dunia di mana 8 pasukan dari peringkat kumpulan akan mara ke upper bracket, manakala 8 pasukan lagi akan berentap di lower bracket playoffs.

Group stage akan dimainkan dalam format BO1 pada 6 Disember sehingga 9 Disember. Manakala playoffs akan dimainkan dalam format BO3 pada 11 Disember sehingga 18 Disember. Di grand finals pula, BO7 format akan menentukan juara M3 Championship.

Format upper bracket di playoffs bakal dimainkan dalam format BO5. Namun, di lower bracket, format akan dipecahkan kepada dua; BO3 dan BO5.

Siaran langsung M3 Championship boleh ditonton secara langsung di Youtube rasmi Mobile Legends: Bang Bang Official.

Sumber: Mobile Legends Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya