MEMUAT

Taip untuk mencari

Akan datang PUBG Mobile X Squid Game

Kongsi
Akan datang PUBG Mobile X Squid Game

Nampaknya, permainan Pubg Mobile akan membuat kolaborasi bersama tayangan Netflix yang pernah popular ini “Squid Game”. Kolaborasi ini akan membawa satu fenomena baharu terhadap peminat permainan battle royale Pubg Mobile ini.

Sebelum ini Pubg Mobile telahpun menerima sambutan yang sangat baik dalam kolaborasi mereka antara Riot Games yang membawa siri Arcane League of Legends ke dalam permainan battle royale mereka. Tidak menunggu lama, pihak Krafton PUBG Mobile juga ingin membuat kolaborasi bersama Squid Game yang bertemakan “Red Light, Green Light”.

Sebelum ini, pihak Garena Free Fire juga telah membuat kolaborasi bersama Squid Game, tetapi nampaknya pihak Krafton akan membuat satu kelainan diantara kolaborasi mereka antara Squid Game dan akan mengumumkannya secara rasmi nanti. 

Terdapat sedikit kebocoran tentang gameplay antara kolaborasi yang dibuat oleh PUBG Mobile ini. Seorang Youtuber Korea telah memuat naik permainan yang bertemakan “Red Light, Green Light” di dalam PUBG Mobile. Semestinya pihak pembangun akan membuatkan match arcade yang khas untuk pemain-pemain merasai suasana Squid Game ini beramai-ramai.

Credit : YT Raza highlight

Objektif tema “Red Light, Green Light” ini, membuatkan pemain hanya boleh bergerak untuk melintasi garisan penamat yang berada jauh dihadapan. Diawasi oleh satu patung besar yang memakai kostum arnab berwarna jambu, pemain hanya boleh bergerak selepas sebutan “Green Light” manakala jika “Red Light” yang disebut maka pemain harus berhenti daripada bergerak. Sekiranya pemain berjalan, pemain berkenaan akan disingkirkan daripada permainan.

Tema ini serupa, sebagaimana yang dilakukan di dalam movie Squid Game itu sendiri. Halangan tersebut dibuat di peringkat yang pertama bagi mengurangi pemain untuk ke peringkat seterusnya. 

Walau bagaimanapun, kolaborasi ini dijangka akan diumumkan secara rasminya pada 20 December 2021, tahun ini. Pihak Krafton tidak memberikan maklumat yang terperinci berkenaan kolaborasi yang akan dibuat ini. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *