MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , , , , ,

MobaZane ingin berpindah ke Filipina

Kongsi
MobaZane ingin berpindah ke Filipina

Pemain profesional Mobile Legends Bang Bang di Amerika Utara akan membawa bakatnya untuk diserlahkan di Asia Tenggara.

Michael Cosgun atau lebih familiar dengan panggilan hangatnya “Mobazane” yang merupakan  pemain handalan pasukan BloodThirstyKings akan berpindah ke Filipina bulan hadapan, dan akan membawa beberapa rakan sepasukannya untuk mencari pengalaman baharu di Asia.

Perkara ini diberitahu oleh Mobazane menerusi siaran langsung yang dibuatnya pada hari isnin lalu. Perkara ini juga telah mendapat konfirmasi dari rakan sepasukannya sendiri “FwydChickn” dan “Carti” yang akan berpindah ke Filipina pada bulan 19 March.

Menurut Mobazane, beliau rasa senang apabila rakannya juga turut ingin mengikuti beliau ke tempat baharu dan tidaklah beliau keseorangan di tempat orang.

Beliau juga mengharapkan bahawa dapat melakukan siaran langsung bersama-sama konten kreator daripada Filipina untuk bermain Mobile Legends dan merapatkan lagi dirinya dengan komuniti MLBB Filipina. Memandangkan Amerika Utara hanya memberi fokus terhadap permainan PC berbanding permainan mudah alih, dan itulah salah satu sebabnya di ingin beralih ke Asia Tenggara yang lebih banyak sambutan untuk permainan mudah alih.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *