MEMUAT

Taip untuk mencari

RSG MY menggantung Iriz selama sebulan

Kongsi
RSG MY menggantung Iriz selama sebulan

Muhammad Izz Daniel atau lebih dikenali sebagai (Iriz) merupakan pemain profesional Mobile Legends Bang Bang buat pasukan RSG Malaysia, telah digantung semalam setelah didapati melakukan “online harassment” oleh pihak RSG.

RSG Malaysia telah membuat kenyataan rasmi di Facebook mereka, yang menyatakan bahawa Muhammad Izz Daniel (Iriz) akan digantung daripada bermain di mana-mana kejohanan selama sebulan dan elaun bulanannya juga telah dipotong, sebagai hukuman ke atasnya. 

Perkara ini telah dipandang serious oleh pihak RSG Malaysia bagi membendung kualiti esukan di dalam negara. Mereka juga mempunyai matlamat besar di dalam e-sukan dan tidak ingin pemain melanggar aturan ataupun menjadi pengaruh yang buruk kepada orang ramai.

Walau bagaimanapun, RSG Malaysia tidak menyertakan sebarang bukti atau pun sebab pemain ini digantung. Menurut komuniti e-sukan tanah air, perkara ini telah diviralkan melalui aplikasi TikTok sehingga didapati oleh pihak yang berwajib.

Penggantungan ini menyebabkan Iriz tidak akan bermain untuk perlawanan pertama pasukan RSG menentang Todak pada petang ini. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya