MEMUAT

Taip untuk mencari

M3: Dominasi! Team SMG tewaskan GX Squad dengan 30 kill!

atq_hyprgame
Kongsi

Team SMG sudah mula mendapat rentak permainan & mendominasi arena apabila berjaya menumbangkan GX Squad dengan 30 mata singkir berbalas 3! 

Draft yang sangat baik disediakan oleh Team SMG. Pemilihan Paquito, Pharsa, Selena, Brody & Gloo. Team SMG memilih untuk bermain Paquito Jungler di mana strategi ini pernah dibawa oleh pasukan Todak

Sumber: Mobile Legends Esports

Bagi GX Squad, mereka memiliki draft yang menarik dan unik. Tidak seperti draft yang biasa. Dengan adanya Bane, hero itu boleh menganggu pergerakan Paquito dengan mudah. 

Kedua-dua pasukan memiliki hero yang seimbang cuma cara untuk menggunakan hero ini bergantung kepada skil mekanik seseorang pemain itu sendiri. 

Sumber: Mobile Legends Esports

Di minit ke-3, Team SMG sudah pun mendapatkan 3 mata pertama dari pasukan GX Squad. Di awal permainan, boleh dilihatkan bahawa Team SMG mahu memulakan pertarungan. 

Dengan adanya 3 mata pertama, mereka terus memburu pasukan GX Squad untuk memastikan mereka mempunyai momentum untuk teruskan perlawanan di late game. 

Permainan yang laju oleh Team SMG menyukarkan pergerakan GX Squad untuk mengikut tempo permainanan Team SMG. Walaupun pasukan Malaysia itu belum menguasai Lord & turret dengan sepenuhnya, mereka mampu memperlahankan pergerakan GX Squad

Sumber: Mobile Legends Esports

Team SMG banyak memilih hero early game. Tetapi masih seimbang. Disebabkan itu mereka mampu mengumpul mata singkir yang banyak terhadap GX Squad di fasa early game.

Pemilihan hero late game oleh GX Squad membuat Team SMG bergerak dengan laju. Seperti yang sedia tahu, hero late game mampu terbalikkan keadaan & mungkin boleh bagi kelemahan dekat Team SMG. 

Masuk di minit ke-6, Team SMG sudah pun membina jurang yang sangat besar terhadap GX Squad dengan memiliki 21 mata singkir berbalas 1. Begitu juga dengan perbezaan gold. 

Mendominasi keseluruhan permainan, Team SMG sudah memiliki strategi yang kemas di mana mereka lebih fokus kepada satu kawasan ke satu kawasan. 

SaSa menjadi pemain terakhir yang menumbangkan kristal Team SMG di minit ke-12. Kombo yang dimiliki oleh Team SMG memang padu.

Item yang disiapkan oleh mereka juga membolehkan mereka masuk ke fasa late game & berjaya kawal permainan dengan sepenuhnya. 

Sumber: Mobile Legends Esports

Steady Bom Pipi! GGWP, Team SMG! Mereka tamatkan peringkat kumpulan dengan sangat baik. Pasukan Malaysia itu akan bersama dengan GX Squad di lower bracket.

Tamat sudah perlawanan Team SMG menentang pasukan di dalam Kumpulan D iaitu RRQ Hoshi, RSG SG & GX Squad.

Team SMG telah mengunci slot ke lower bracket. Walaupun tidak berjaya bersama dengan Todak di upper bracket, pasukan itu telah memberikan yang terbaik!

Sumber: MPL Malaysia
Sumber: MPL Malaysia

M3 Championship pada kali ini akan membawa 16 pasukan di pentas dunia di mana 8 pasukan dari peringkat kumpulan akan mara ke upper bracket, manakala 8 pasukan lagi akan berentap di lower bracket playoffs.

Group stage akan dimainkan dalam format BO1 pada 6 Disember sehingga 9 Disember. Manakala playoffs akan dimainkan dalam format BO3 pada 11 Disember sehingga 18 Disember. Di grand finals pula, BO7 format akan menentukan juara M3 Championship.

Format upper bracket di playoffs bakal dimainkan dalam format BO5. Namun, di lower bracket, format akan dipecahkan kepada dua; BO3 dan BO5.

Siaran langsung M3 Championship boleh ditonton secara langsung di Youtube rasmi Mobile Legends: Bang Bang Official.

Sumber: Mobile Legends Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *