MEMUAT

Taip untuk mencari

Pepijat baharu di Fracture umpama Wallhack

Kongsi
Pepijat baharu di Fracture umpama Wallhack

Pemain Valorant telah menjumpai pepijat yang aneh di peta Fracture dan pepijat itu ibarat wallhack dapat melihat musuh di sebalik dinding.

Pepijat ini tidak memerlukan ejen Sova atau Cypher yang bisa mencari maklumat kedudukan musuh ketika dalam permainan. Salah seorang pemain bernama JoelTommy telah mengkongsikan satu video clip beliau ketika pepijat itu terjadi tanpa sengaja semasa beliau sedang merusuh kawasan A di peta Fracture.

Di dalam klip tersebut pemain itu menggunakan ejen Reyna yang mana ketika beliau membuka ultimate Reyna, musuh kelihatan lebih jelas berwarna ungu. Perkara yang mengejutkan lagi ia bisa melihat jelas musuh yang sedang berada di bahagian atas A site yang sedang menyorok di belakang dinding besi itu dengan jelas.

Menurut pemain Valorant yang lainnya, di bahagian atas kawasan A itu sememangnya harus di betulkan Riot. Beberapa ejen lain juga dapat melihat sekiranya terdapat musuh yang sedang berselindung di bahagian atas itu. Tetapi di dalam situasi yang di alami oleh JoelTommy ini sedikit berlainan, dan pepijat itu lebih jelas selepas ia membuka ultimate Reyna.

Pepijat ini membuatkan kawasan A itu susah untuk di pertahankan kerana tidak mempunyai pelbagai sudut boleh berselindung sekiranya musuh sedang merusuh kawasan itu. Komuniti meminta pihak Riot memperbaiki pepijat itu secepat mungkin.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya