MEMUAT

Taip untuk mencari

Trick menggunakan Spike !

Kongsi
Trick menggunakan Spike !

Wall Sage ialah salah satu skill yang paling berguna di dalam Valorant dan bagi pemain harus mengetahui cara menanganinya dengan berkesan amatlah penting.

Skill membina dinding yang teguh dan kukuh amat berguna untuk menyekat laluan musuh, dan ia dapat memberi perlindungan kepada pasukan. Bukan itu sahaja dinding yang dibina mampu untuk membuat sudut yang terpencil untuk mendapatkan pembunuhan awal.

Walau bagaimanapun, peminat telah menemui cara baharu dan sedikit pelik untuk menghancurkan dinding yang dibina oleh Sage di dalam site. Cara ini hanya menggunakan pisau dan memukul dinding dalam kelajuan yang luar biasa, serta membunuh lawan pada jarak yang dekat ketika berada di dalam site.

Satu video telah menjadi tular dan telah menarik perhatian pemain Valorant. Video itu menunjukkan dua pemain di dalam custom match tengah menguji trik tersebut dan menunjukkan cara untuk membuatnya.

Itu merupakan Glitch yang membatalkan animasi hayunan pisau semasa ia memukul, ia perlu dibuat dengan cara yang cepat bagi menjayakan glitch tersebut. Dengan berselang-seli antara pisau dan menanam spike, pisau berkenaan akan menjadi lebih pantas untuk dihayunkan. Dan ini adalah salah satu cara untuk menghancurkan dinding Sage yang dibina untuk menahan lawan memasuki site.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya