MEMUAT

Taip untuk mencari

Jett Bug diselesaikan di patch 3.09 nanti

Kongsi
Jett Bug diselesaikan di patch 3.09 nanti

Terbaru, pihak Riot Games telah memberi respon terhadap bug yang terjadi kepada salah satu ejen Valorant mereka. Bug itu terjadi selepas munculnya patch skin terbaharu, dan ia membuatkan rata-rata pemain setia Jett berasal kesal dengan bug itu.

Valorant telah menyatakan bahawa mereka sedang mencuba untuk menyelesaikan masalah itu, akan tetapi masalah itu tidak dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat. Riot Games juga menambah dengan adanya bug yang terjadi kepada satu ejen sahaja tidak akan memudaratkan permainan, dan mereka meminta pemain untuk menunggu patch 3.09 dikeluarkan.

Berita malang ini mengejutkan bagi pengguna setia Jett, walaupun begitu terdapat ramai pemain yang menyokong bug yang terjadi terhadap ejen tersebut. Ejen Jett merupakan ejen yang menjadi “instant lock” di mana-mana peta Valorant di mainkan.

Pemain percaya dengan bug yang terjadi terhadap ejen tersebut, dapat mengimbangi permainan. Jett yang kerap digunakan sebagai agresif ejen itu kerap mendominasi setiap permainan oleh kerana kitnya yang sangat berguna.

Walau bagaimanapun, Riot Games akan mempertimbangkan tindak balas yang diterima, mereka akan mengekalkan bug yang terjadi ini supaya pemain dapat bereksperimen ejen duelist yang lainnya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *