MEMUAT

Taip untuk mencari

Boyka Jurulatih sementara Axis RedOne

Kongsi
Boyka Jurulatih sementara Axis RedOne

Pasukan Axis yang dianggotai oleh Vokey, Mica, Heyynoob, KacangSusu, Faris dan Lex itu telah berjaya untuk memasuki Grand Final PMPL SEA yang akan diadakan hari ini.

Pasukan itu sebelum ini menunjukkan persembahan yang sangat menarik di minggu ke 1 dan minggu ke 2 di Liga PMPL SEA, tetapi sayang di minggu ke 3 mereka kurang menyerlah dari segi pungutan poin secara keseluruhan.

Sebelum ini Axis RedOne dipimpin oleh Letto sebagai jurulatih mereka, dan taktikal itu hanya berjaya untuk dua minggu sebelum di pintas oleh pasukan-pasukan lawan. 

Credit : AxisRedOne page

Kali ini AxisRedOne membawa jurulatih yang cukup pengalamannya di dalam PUBG Mobile, perkara itu telah dinyatakan di Facebook rasmi mereka berkenaan Boyka sebagai jurulatih sementara bagi pasukan itu menghadapi Grand Final PMPL SEA, hari ini.

Credit : BeritaEsukan

Boyka yang merupakan jurulatih profesional dan beliau juga mencipta nama semasa beliau mengendalikan pasukan BTR RA dan berjaya membawa pasukan itu menjadi juara PMCO Global. Boyka juga merupakan pemain profesional bagi pasukannya J8 Esport atau sebelum ini dikenal sebagai AROV Esport.

Kemasukan Boyka sebagai jurulatih pasukan Axis RedOne ini semestinya boleh memberi impak yang besar terhadap pihak lawan. Dengan pemain yang cukup agresif dan mempunyai fire power yang kuat mampu untuk melakukan sesuatu yang baharu.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *