MPL Malaysia telah pun melangsungkan sesi media untuk kesemua 10 pasukan yang akan berentap di MPL Malaysia S9. Dan, kini, komuniti MLBB Malaysia hanya perlu menunggu roster rasmi yang bakal diumumkan oleh 10 pasukan tersebut.
Kalau dilihatkan di laman rasmi MPL Malaysia, pihak penganjur telah pun memuat naik barisan pemain lengkap untuk kesemua 10 pasukan di MPL Malaysia S9. Sesi media telah pun tamat, jadi roster lengkap 10 pasukan itu juga pasti telah tersedia.
Seperti yang kita tahu, Geek Fam telah mengumumkan pelepasan Panda dari pasukan itu pada bulan Disember yang lalu. Selepas Xorn mengumumkan bahawa beliau akan berehat dari MPL Malaysia S9, ramai yang bertanya ke mana hala tuju Panda selepas berpisah dengan Geek Fam?
Geek Fam telah pun mengumumkan roster lengkap mereka di MPL Malaysia S9 tanpa Xorn pada musim ini. Ada beberapa kemasukan baru yang akan membantu Geek Fam untuk musim kali ini.
Melihat dari barisan pemain Team SMG di MPL Malaysia S9, mereka hanya mengumumkan kemasukan Leixia yang berstatus sebagai ‘pemain pinjaman’ untuk pasukan tersebut. Tetapi di laman rasmi MPL Malaysia, Panda dilihatkan berada dalam roster Team SMG untuk musim ini.
Barisan pemain mereka terdiri daripada Sasa, Leixia, ZaimSempoi, Smooth, Lyzerg, Harpist, Stormie & Subway. Untuk kali ini, xPedia, Wynn & Syf tidak dilihatkan dalam roster tersebut. Adakah ketiga-tiga pemain ini akan berehat?
Minn & Mann sudah rasmi akan berada dalam barisan pemain Axis Esports selepas pasukan itu memuat naik posting bahawa mereka akan bertanding di MPL Malaysia S9. Salah satu bekas pemain Orange Esports yang juga akan bersama dengan roster Axis adalah Isonicc.
Selain itu, 4 pemain yang bermain dengan pasukan Mikey di qualifier juga akan lengkapkan roster Axis. Mereka adalah Azim (Flint), Squpoz, Pyan & ByBy. Seperti yang kita tahu, Axis Esports mengadakan kolaborasi bersama dengan Team Haq. Dan, organisasi e-sukan itu juga telah memiliki slot yang didapatkan oleh Mikey di saringan kelayakan MPL Malaysia S9.
Banyak lagi pasukan yang belum mengumumkan roster mereka. Namun, MPL Malaysia telah pun menunjukkan senarai barisan pemain untuk kesemua pasukan di MPL Malaysia S9. Kini, roster 10 pasukan itu akan lengkap selepas kesemua pasukan mengumumkan roster rasmi mereka. Ada dalam senarai pemain yang dikenali & ada juga pemain yang mungkin tidak berapa dikenali dalam komuniti MLBB Malaysia.
Untuk MPL Indonesia & MPL Philippines, mereka akan memulakan regular season pada 18 Februari ini. Tarikh bermulanya regular season bagi MPL Malaysia S9 masih belum diumumkan bila.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!