MEMUAT

Taip untuk mencari

Berjaya Dragons tidak berjaya mara ke SEA Championship 2021

atq_hyprgame
Kongsi

Umum mengetahui bahawa Berjaya Dragons merupakan salah satu pasukan yang berjaya untuk melayakkan diri ke Peringkat Play-ins ESL Mobile Challenge bagi League of Legends: Wild Rift SEA Championship 2021. 

Pasukan itu berjaya ke Peringkat Play-ins SEA Championship apabila mereka mendapat tempat kedua di dalam ESL Mobile Open 2021 Fall: Malaysia. 

Tetapi selepas 2 perlawanan dimainkan menentang pasukan Thailand dan Vietnam, Berjaya Dragons tewas sekali gus tidak berjaya mara ke SEA Championship 2021.

Sumber: ESL Malaysia

Berjaya Dragons memulakan perlawanan peringkat play-ins menentang pasukan gergasi Thailand, Buriram United. Namun, Berjaya Dragons tewas dengan 0-3. 

Buriram United juga merupakan pasukan yang berjaya mendapat tempat kedua di ESL Mobile Open 2021 Fall: Thailand. Hanya juara ESL Mobile Open 2021 Fall sahaja yang akan memulakan perjalanan mereka ke SEA Championship menerusi Group Stage.

Manakala bagi pasukan yang berada di peringkat play-ins, mereka harus mengekalkan kedudukan 3 teratas untuk mengunci kedudukan di Group Stage.

Akan terdapat 12 pasukan secara kesuluruhan di Group Stage.

Sumber: ESL Malaysia

Seterusnya, di hari ketiga, Berjaya Dragons berjumpa dengan pasukan Vietnam iaitu Divine Esports. Namun, Berjaya Dragons masih lagi tewas dengan 0-3. 

Tidak dapat dinafikan bahawa saingan di peringkat play-ins penuh dengan cabaran. 

Sumber: ESL Malaysia

Selepas dua kali ditewaskan oleh 2 pasukan dari Thailand dan Vietnam, akhirnya pasukan Berjaya Dragons rasmi tersingkir dari SEA Championship di peringkat play-ins. 

Walaupun tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya, masih ada lagi satu pasukan Malaysia iaitu Geek Fam di Group Stage yang akan berlangsung pada 23 September sehingga 26 September.

Kemasukan Berjaya Dragons di Peringkat Play-ins ESL Mobile Challenge di pentas Asia Tenggara merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Mereka mempunya pengalaman bermain dengan pasukan-pasukan gergasi di Asia Tenggara. 

Walaupun perjalanan mereka di SEA Championship terhenti di sini, mereka tetap menjadi salah satu pasukan yang berjaya melakar nama dia peringkat Asia Tenggara. 

Sumber: Berjaya Dragons

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *