MEMUAT

Taip untuk mencari

Kini Rythm Bot pula dihentikan oleh Youtube

Kongsi
Kini Rythm Bot pula dihentikan oleh Youtube

Bot Rythm telah ditamatkan servisnya di Discord pada 15 September, semalam. Bot Rythm kesukaan ramai ini telah mendapat sebanyak 30 juta pengguna yang aktif mengikut bulanan.

Seperti yang kita sedia tahu hal ini akan terjadi juga, selepas Google & Youtube telah menghentikan servis Groovy yang juga merupakan Bot Music yang popular di Discord.

Perkhidmatan Rythm Bot ini telah pun mencapai tahun yang ke 5, akan tetapi ini bukan pengakhiran bagi pihak mereka. Sepertinya pihak Rythm telah mengusahakan sesuatu untuk muncul semula sebagai Music Bot yang memainkan lagu-lagu buat pengguna Discord.

Pihak Rythm juga memberi mesej kepada pengguna supaya tidak membuang Bot mereka itu dahulu, dan mereka juga menyediakan server khas bagi pengguna untuk mendengar music yang diputarkan secara random.

Kami mengharapkan pihak Rythm akan kembali secepat yang mungkin dan membincangkan apa yang sepatutnya dengan pihak Google & Youtube untuk menyediakan perkhidmatan terhadap Music Bot untuk kegunaan di dalam Discord.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *