MEMUAT

Taip untuk mencari

Geek Fam menamatkan perjalanan di group stage

atq_hyprgame
Kongsi

Percubaan yang baik ditunjukkan oleh pasukan Geek Fam di SEA Championship 2021 di mana pasukan itu telah menamatkan perjalanan mereka di group stage. 

Sumber: ESL Malaysia

Walaupun tidak berjaya mara ke peringkat playoffs, tidak dapat dinafikan bahawa Geek Fam dan juga Berjaya Dragons merupakan pasukan Wild Rift yang berjaya mengangkat nama arena ini di Malaysia. 

Geek Fam yang berada di dalam Kumpulan B menamatkan kedudukan di tempat kedua terbawah bersama-sama dengan pasukan dari Singapura iaitu Alliance. Hanya 4 pasukan teratas dari setiap kumpulan sahaja yang akan mara ke peringkat playoffs. 

Kedua-dua pasukan dari Malaysia dan Singapura itu sememangnya telah memberikan persaingan yang baik di group stage. Namun, pasukan-pasukan lain juga mempunyai kehebatan yang luar biasa. 

Sumber: ESL Malaysia

Walau bagaimanapun, ini merupakan pengalaman yang baik buat pasukan Malaysia iaitu Geek Fam untuk bersama-sama di dalam satu arena dengan pasukan-pasukan gergasi yang lain. 

Pasukan Malaysia, Geek Fam mencatatakan kemenangan 0-1-4 manakala pasukan Alliance dari Singapura rekod kemenangan 0-2-3. 

Di group stage SEA Championship 2021, pasukan dari Thailand dan Vietnam mendominasikan arena Wild Rift. Buriram United (VN) dan SBTC Esports (TH) berjaya menduduki tempat pertama di group stage di dalam kumpulan masing-masing sekali gus menempatkan mereka di upper bracket.

Buriram United mencatatkan kemenangan 4-0-1 manakala SBTC Esports dengan 3-2-0. 

Klik di sini untuk melihat keputusan penuh bagi peringkat group stage: Liquipedia

Peringkat playoffs yang akan bermula pada 30 September sehingga 3 Oktober menampilkan 8 pasukan terbaik iaitu Buriram Esports, Team Secret, MBR Esports, ONE Team, SBTC Esports, Divine Esports, EVOS Esports TH dan Flash Wolves.

Sumber: ESL Malaysia

Hadiah terkumpul bagi SEA Championship adalah sebanyak AS$200,000 (RM820,000).

Siaran langsung bagi peringkat playoffs akan berlangsung di FacebookYoutube dan Twitch Riot SEA pada 30 September sehingga 3 Oktober ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *