MEMUAT

Taip untuk mencari

Dapatkah Berjaya Dragons tewaskan Buriram United?

atq_hyprgame
Kongsi

Berjaya Dragons merupakan pasukan Wild Rift yang layak ke Peringkat Play-ins ESL Mobile Challenge di League of Legends: Wild Rift SEA Championship 2021. 

Hari ini merupakan hari pertama Play-ins akan dimainkan. Di hari pertama Play-ins, Berjaya Dragons akan memulakan perlawanan menentang pasukan gergasi Thailand iaitu Buriram United pada pukul 3 petang. 

Sumber: Berjaya Dragons

Jadual Play-ins adalah seperti berikut: 

Sumber: ESL Malaysia

Berikut merupakan format bagi Play-ins:

Sumber: ESL Malaysia
Sumber: ESL Malaysia
Sumber: ESL Malaysia

Umum mengetahui bahawa Berjaya Dragons merupakan salah satu pasukan Wild Rift yang terbaik di Malaysia.

Pernah beberapa kali menjuarai kejohanan Wild Rift, pasukan ini telah mengukuhkan nama mereka di dalam komuniti Wild Rift. 

Berjaya Dragons telah berjaya menjadi juara bagi ESL Mobile Open 2021 Summer: Malaysia. Dan mendapat tempat kedua bagi ESL Mobile Open 2021 Fall: Malaysia. 

Pasti pasukan itu sudah membuat persiapan untuk menentang pasukan lawan mereka, Buriram United di hari pertama Play-ins.

League of Legends: Wild Rift SEA Championship 2021 akan berlangsung dari 14 September sehingga 3 Oktober. Kejohanan itu menawarkan kumpulan hadiah kira-kira RM 820,000 (AS$200,000). 

Dapatkah Berjaya Dragons menewaskan pasukan gergasi Thailand, Buriram United di hari pertama Play-ins berlangsung? 

Siaran langsung Peringkat Play-ins ESL Mobile Challenge boleh ditonton di Facebook, Youtube dan Twitch Riot SEA.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *