MEMUAT

Taip untuk mencari

Bigetron RA kurang menyerlah.

Kongsi
Bigetron RA kurang menyerlah.

Bigetron Red Aliens baru-baru ini kurang menyerlah setelah ketiadaan pemain utama iaitu Zuxxy yang juga merupakan IGL bagi pasukan itu. Dengan ketiadaan Zuxxy, Pasukan itu seolah tiada keseimbangan dalam permainan dan tidak konsisten seperti hari sebelumnya yang ditunjukkan di Super Weekend hari-1.

Walau bagaimanapun prestasi pasukan BTR RA pada hari pertama sangat konsisten dalam mendapatkan mata penyingkiran dan juga mata kedudukan yang agak tinggi. Barisan pemain yang bermain ketika itu adalah uHigh, Liquidd, Luxxy dan Zuxxy. 

Seperti kita sedia tahu pemain BTR RA mempunyai kombo kembar yang mengerikan iaitu Zuxxy dan Luxxy. Ketiadaan Zuxxy pada hari kedua memberi kesulitan buat pasukan BTR RA, salah satu peranan yang penting buat pasukan mereka tidak bermain ketika itu, dan mereka mencuba menggunakan combo Uhigh dan Ryzen.

Empat Pusingan yang dimainkan oleh pasukan BTR RA terkeluar awal di hari kedua Super Weekend. Permainan yang ditunjukkan oleh pasukan itu seakan akan tiada hala tuju dan tidak seimbang seperti sebelum ini. JangS yang merupakan jurulatih pasukan itu telah menerima pelbagai kecaman oleh netizen, mengambil risiko dengan mencuba benda baharu di kejohanan rasmi.

Mereka juga tidak lepas untuk memasuki Super Weekend minggu 2 selepas menduduki tempat yang ke-20 dalam carta Week Days. Tapi jangan di sangka ini adalah Liga bila-bila sahaja mereka akan membuat pecutan mata, seperti yang mereka lakukan di PMPL ID musim-musim lepas.

Semangat buat pemain BTR RA dan juga diminta peminat terus menyokong dan memberi semangat kepada mereka.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya