MEMUAT

Taip untuk mencari

Debut bersama BTR di PMPL ID S4, uHigh rekod 14 kills

atq_hyprgame
Kongsi

uHigh yang dulunya bernaung di bawah organisas e-sukan, Team Secret kini membuat debut pertama beliau di arena PMPL ID S4 selepas menyertai pasukan gergasi Indonesia, Bigetron Red Aliens (BTR) pada 1 Ogos yang lalu. 

Semalam merupakan kali pertama uHigh diturunkan untuk bermain di arena PMPL ID S4 di mana pada hari pertama Weekday, uHigh tidak bermain.

Kemasukan beliau di dalam arena PMPL ID S4 bersama-sama dengan BTR memberikan sinar kepada pasukan itu.

Umum mengetahui bahawa BTR merupakan pasukan yang popular dengan ayat “ngeprank”. Setiap kali mereka tidak perform, pasti esoknya keajaiban akan muncul. 

Seperti di hari kedua Weekday, pasukan ini berjaya memecahkan rekod 24 kills di map Miramar. Mereka bukan sahaja memecahkan rekod, tetapi juga mendapatkan back-to-back Winner Winner Chicken Dinner.

Sumber: PUBG Mobile Esports Indonesia
Sumber: PUBG Mobile Esports Indonesia

uHigh yang baru diturunkan untuk bermain di hari kedua Weekday memecahkan rekod dengan mengumpul sebanyak 14 kill dalam masa satu hari.

uHigh sememangnya mengganas di hari kedua Weekday!

Prestasi uHigh di arena PMPL ID S4 sangat membanggakan. Beliau tidak habis-habis memberikan persembahan yang baik.

Kemasukan beliau di dalam BTR sememangnya akan melengkapi pasukan itu. 

Sumber: Bigetron Esports

BTR yang sudah mempunyai pemain-pemain yang berbakat seperti Best Duo, BTRXZuxxy dan BTRXLuxxy juga melengkapi mereka adalah BTRXRyzen dan BTRXLiQuiDD akan meyakinkan lagi kemaraan mereka di PMGC S1 pada tahun ini. 

Tahniah kepada uHigh kerana berjaya mencipta nama di arena PMPL ID S4. Di Malaysia, penyokong-penyokong uHigh bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh beliau begitu juga penyokongnya yang berada di Indonesia

Berikut merupakan overall standing bagi Minggu Pertama Weekday:

Sumber: PUBG Mobile Esports Indonesia

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *