MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Oheb Memimpin Skuad Blacklist MDL PH S1

ai hyprgame
Kongsi
Oheb Memimpin Skuad Blacklist MDL PH S1
Kredit : Esportsku

Kiel Calvin Q. Soriano atau juga dikenali sebagai Oheb didalam kalangan komuniti esukan Mobile Legends Bang Bang MLBB khususnya di Filipina kini rasminya menyertai Blacklist Academy bagi Mobile Legends Development League Filipina MDL PH Musim yang pertama.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Blacklist International sendiri menerusi akaun media sosial mereka sendiri pada Sabtu semalam.

Selain Oheb, Blacklist Academy turut dilengkapi dengan pemenang pingat emas Sea Games iaitu Kyle Dominic Soto (Dominic), Lee Howard Gonzales (Owl), Dan Russel Aaron Usi (Eyon).

Kesemua mereka akan berjuang mewakili organisasi Blacklist International, Blacklit Academy di MDL PH S1 nanti!

Tambahan lagi Blacklist Academy juga akan diperkuatkan dengan pemain amatur iaitu Steve Calunuran (Steve) Dan Jakob Seguiran (Rindo). Skuad ini akan dibimbing oleh bekas pemain pasukan esukan terkenal ArkAngel di Filipina iaitu Ownage Lemual Lucban (Lembot).

MDL PH Musim 1 yang julung kali diadakan akan berlangsung pada tarikh 15 Februari dengan menyaksikan lapan pasukan daripada liga francais dan dua pasukan amatur jemputan akan bersaing untuk merebut gelaran juara.

Status Oheb sebagai pemain veteran didalam arena esukan MLBB memberikan dirinya seribu satu kelebihan kerana berkemungkinan akan memegang peranan sebagai kapten dan mengetuai skuad ini untuk menempa kejayaan di MDL PH S1 nanti.

Bukan itu sahaja, Oheb juga layak untuk menyertai semula Blacklist International di musim pertengahan MPL nanti. Liga ini rasminya membenarkan perpindahan atlet mahupun jurulatih daripada MDL ke MPL bermula 20 Februari sehingga 27 Mac 2023 ini.

Ikuti Hyprgame di Facebook, Twitter, dan Instagram untuk update lebih lanjut!

Ikuti Funbet8 untuk peluang taruhan olahraga dan esports terbaru!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *