MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Aiman Tidak Lagi Menjadi Jurulatih Team Lunatix?

ai hyprgame
Kongsi
Aiman Tidak Lagi Menjadi Jurulatih Team Lunatix?
Kreditv : Abang MLBB

Menerusi muat naik Facebook Abang MLBB, Jurulatih pasukan Team Lunatix yang dahulunya dikenali sebagai Team Lemah dikhabarkan telah mengundurkan diri daripada peranan Jurulatih.

” After some thoughtful consideration, I’m resigning from my position as Team Lunatix Coach. This was not an easy decision to be made considering the ups and downs after all years I’ve been in the esports scene, sorry ibu, sorry ayah.” – Coach Rain

Menurut Aiman atau juga dikenali sebagai Coach Rain, Keputusan ini bukanlah mudah jika mengenangkan jatuh dan bangunnya bergiat aktif bersama divisi ini. Aiman sepertinya kecewa sehingga menyatakan maaf kepada kedua orang tuanya.

Hal ini berikutan khabar angin yang menyatakan organisasi Team Lunatix telah melepaskan semua pemain lama mereka yang telah berhempas pulas sepanjang MPL MY S10 berlangsung baru-baru ini.

Sumber yang kami dapat menerusi info Abang MLBB di media sosialnya mendapati 5 pemain Team Lunatix telah dibuang oleh pihak pengurusan. Tetapi tentang siapa yang dibuang itu masih belum diumumkan oleh mana-mana pihak berkenaan.

Berikutan isu ini ramai peminat Team Lemah (Team Lunatix) berasa tidak senang hati dengan berita tersebut. Sehingga beranggapan yang organisasi ini seperti kacang lupakan kulit kerana setelah mengharungi pelbagai cabaran pahit manis dan mendapatkan slot MPL MY musim hadapan, Mereka melepaskan ahli pasukan ini.

Antara nama-nama pemain yang disingkirkan kemudian disebut diruangan komen peminat Team Lunatix adalah terdiri daripada Tom, Mint, Flint, Gold, Dluq dan Yamichi. Malahan Sunfrost yang menjadi Caster dan Analyst Team Lunatix juga turut menjadi sebutan peminat divisi ini diruangan komen.

Walaubagaimanapun, Ada juga respon daripada peminat yang beranggapan organisasi ini ingin mengambil pemain senior yang tidak bermain pada MPL MY musim ini. Menurut netizen, Organisasi ini ingin menyerap masuk pemain yang berpengalaman didalam scene MPL MY seperti bekas pemain Suhaz, Geek Fam dan MAB.

Selepas isu ini menjadi topik hangat sebagai bualan warganet, Organisasi terbabit telah memuat naik kenyataan untuk menjelaskan isu ini kerana menganggap ini semua adalah salah faham.

Menurut organisasi ini, Perjanjian sudah termeterai sejak 28 Jun 2022 yang lalu menyatakan Team Lemah akan bermain mewakili LTX Integrated kerana hanya satu pasukan sahaja boleh bermain mewakili satu organisasi. Salah satu klasa juga turut menyatakan bahawa pemilikan slot MPL Regular Season kekal sepenuhnya kepada pemilik LTX Integrated sekiranya Team Lemah mara ke final MPL Qualifier Musim 10 dan mara ke Regular Season MPL.

Secara ringkaskan Team Lemah berada di bawah jagaan LTX Integrated bermula 28 Jun 2022. Malahan berasa kecewa kerana ramai peminat tidak memahami perbezaan pemilikan (Ownership) dan juga penajaan (Sponsorship)

Organisasi ini juga turut menekankan yang keputussan perubahan Roster ini bukanlah keputusan daripada pihak pengurusan. Malahan menyatakan yang seorang jurulatih sepatutnya bertanggungjawab untuk melihat persembahan pasukan sekaligus memberikan cadangan atau maklumbalas kepada pihak pengurusan untuk keputusan selanjutnya.

Bagi mereka pemain adalah seperti pekerja yang dibayar gaji selayaknya dengan tugas yang digalas dan dijalankan. Jika pemain tidak dapat beraksi dengan baik, Organisasi ini berhak untuk membuat penyesuaian tertentu terutamanya kepada Roster.

Malahan kos juga akan menjadi tinggi jika mereka ingin mengekalkan Roster sedia ada dengan pemain baharu yang juga melibatkan pihak berkepentingan lain seperti pelabur, iklan, tajaan dan sebagainya

Surat pelepasan roster ini telah di hantar (issue) kepada beberapa pemain pada 28 Disember. Kemudian jurulatih membuat permohonan perletakan jawatan pada 29 Disember 2022. Walaubagaimanapun setakat ini masih belum lagi ada sebarang surat perletakan jawatan rasmi dikeluarkan.

LTX Integrated juga mengharapkan tidak ada lagi mana-mana pihak menyebarkan berita palsu menyatakan jurulatih divisi ini meletakkan jawatan

aaisyah ibrahim, [12/30/2022 3:52 PM]
Jadi apa pendapat anda mengenai kenyataan LTX Integrated ini? Adakah benar ianya cuma sekadar salah faham? Atau memang Roster Team Lunatix dibuang kerana tidak lagi berguna kepada syarikat?

Setakat ini tidak ada lagi sebarang pengumuman mengenai lineup atau roster baharu organisasi ini bagi musim MPL MY S11.

Diharapkan kedua-dua pihak dapat menyelesaikan pertelingkahan ini secara profesional dan baik kerana masing-masing pernah terlibat berjuang di kejohanan yan telah lalu. Tambahan pula, Pemain-pemain Team Lemah (Team Lunatix) juga adalah mereka yang berbakat, berpengalaman dan berkebolehan didalam industri ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *