MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Amoux Cari Pemain Baharu Bagi MPL MY

ai hyprgame
Kongsi
Amoux Cari Pemain Baharu Bagi MPL MY

Siapa yang tidak mengenali bintang Mobile Legends Bang Bang MLBB iaitu Amoux atau nama sebenarnya Ariff Iswandikini sedang mencari pemain baharu bagi menemaninya di MPL MY Mobile Profeesional League musim hadapan.

Jejaka kelahiran Singapura ini merupakan pemain profesional yaang kini memegang peranan sebagai Jurulatih pasukan Todak sejak tahun 2020 sebelum menyertai Bigetron Alpha Julai-Disember 2020 dan Geek Fam akhir tahun 2020 sehingga pertengahan tahun 2022. Kemudian Amoux kembali menyertai Todak pada Disember 2022 sehinggalah sekarang.

Sepanjang bersama-sama menyertai pelbagai pasukan mengikuti kejohanan demi kejohanan, Pengalaman yang dimilikinya sudah selaras dengan peranannya sebagai seorang Jurulatih arena esukan kompetetif ini. Termasuklah pernah memegang peranan sebagai caster buat pasukan ini.

Terkini di status story Instagram Amoux telah mengumumkan yang dia kena sedang mencari pemain baharu untuk menyertai pasukan Todak buat perlawanan MPL musim akan datang. Panggilan ini terbuka kepada semua pemain-pemain yang pernah beraksi di MPL termasuklah pemain-pemain daripada luar negara.

Oleh yang demikian, Ramai peminat memberikan reaksi terhadap pengumuman ini dan mula menyarankan nama-nama yang mereka ingin lihat didalam divisi Todak untuk tahun 2023 nanti. Di antara nama yang menjadi sebutan adalah Xorn, Dominus, Artz dan Hisyam.

Malahan ada juga komen yang mungkin kurang disenangi oleh peminat Todak iaitu berpendapat tindakan Juulatih ini hanyalah untuk mencari pengganti kepada Moon dan Ciku.

Jadi apa lagi, Buat anda yang berminat menyertai Todak jom dm Amoux sekarang di akaun instagram peribadinya dan good luck! Mungkin anda yang Todak carikan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya