MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Dogie Ungkap H2wo, Kzen Ingin Sertai RSG PH

ai hyprgame
Kongsi
Dogie Ungkap H2wo, Kzen Ingin Sertai RSG PH

Didalam video strimnya, Personaliti ikonik Mobile Legends Bang Bang MLBB iaitu Setsuna Ignacio (Dogie) membongkarkan yang dua pemain Nexplay EVOS kini sedang mencari peluang beraksi bersama pasukan RSG Filipina (PH).

Personaliti Filipina ini menyatakan yang Ken Pile (Kzen), John Salonga (H2wo) daripada pasukan Nexplay EVOS kini sedang meneroka peluang baharu bersama pasukan RSG PH

Walaupun Dogie sudah tidak lagi fokus dengan dunia Mobile Legends Bang Bang MLBB untuk mencipta kandungan esukan, Dia sering kali mendapat info-info terkini divisi tersebut dan mengambil perhatian tentang rakan-rakannya.

Baginya adalah lebih baik jika Kzen menghabiskan pembelajarannya terlebih dahulu sebelum fokus menjadi pemain profesional Mobile Legends Bang Bang MLBB. Ini kerana menjadi pemain MLBB bukanlah sesuatu yang akan kekal lama, Dan tiba masanya anda akan bersara atau berehat seketika?

Oleh yang demikian, Seseorang pemain esukan itu perlu ada perancangan lain (Backup Plan) untuk menampung kewangan mereka suatu hari nanti. Pendidikan pula adalah hal yang penting dan akan menjadi bekalan di masa hadapan

Setakat ini RSG PH belum lagi memberikan sebarang keputusan rasmi berkenaan penyertaan Kzen dan H2wo didalam Roster mereka

“I always tell him, ‘’Kzen, will you be a pro player for a lifetime? When all this is over, what’s your backup plan? Why not while you’re a pro player, you also go to school?’,” stated Dogie.

” Saya sentiasa tanya Kzen, Adakah kamu ingin menjadi pemain profesional sepanjang hidup? Selepas semuanya tamat, Apa back up plan kamu? Apa kata jika sementara kamu tidak menjadi pemain pro, Teruskan pendidikan kamu.” Kata Dogie

Ini kerana bukan semua pasukan boleh menerima pemain yang ingin belajar atau menyambung pengajian sambil memberi perhatian kepada permainan. Menurut Dogie, RSG PH merupakan pasukan yang sangat berdisiplin didalam latihan atau permainan.

Kzen dan H2wo sebenarnya bertuah berada didalam Nexplay EVOS kerana mereka diberikan peluang untuk meneruskan pendidikan sambil bermain.

Dogie juga mengambil contoh Oscar Romero (Sumpak) yang kini sudah tamat kolej dan boleh mencari pekerjaan. Ketika dia masih belajar, Dia juga seorang content creator di Filipina bagi komuniti esukan

Dunia esukan terutamanya di Filipina tidak boleh dijadikan kerjaya seumur hidup, Kerana bersifat sementara. Akan ada muka-muka baharu dan orang yang jauh lebih hebat daripada pemain yang bermula awal.

Malahan bagi sesetengah organisasi keuntungan adalah segalanya. Industri ini sudah jadi tempat perniagaan memberikan keuntungan kepada sesiapa sahaja.

Sebaiknya adalah penting untuk seseorang pemain itu mempunyai perancangan lain dan menambah pengalaman ataupun skill lain selain kemahiran esukan untuk bekalan di masa depan nant

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *