MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Todak Lancarkan S10 Kit Buat Peminat Di M4

ai hyprgame
Kongsi
Todak Lancarkan S10 Kit Buat Peminat Di M4
Kredit : Todak MLBB

Semalam Todak telah pun mengumumkan di akaun facebook rasmi mereka bagi pelancaran S10 Kit yang pastinya dinantikan oleh komuniti esukan Mobile Legends Bang Bang MLBB.

S10 Kit merupakan Jersey pasukan Todak Mobile Legends Bang Bang yang telah menjadi Naib Juara ketika di Mobile Legends Professional League Musim Ke-10 baru-baru ini. Jersey ini direka khas buat peminat yang ingin menggayakannya ketika perlawanan Mobile Legends World Championship M4 pada Januari 2023 nanti.

Kredit : Todak MLBB

Dengan kerjasama Modkha Group dan Codashop, Rekaan jersi hitam putih ini terlihat premium dan eksklusif jika digayakan oleh pelbagai lapisan umur mahupun masyarakat terutamanya komuniti esukan Mobile Legends Bang Bang MLBB di Malaysia.

Jualan S10 Kit ini telah pun bermula dengan harga RM109.00 dan terhad sebanyak 150 helai sahaja. Seperti biasa produk yang dikeluarkan oleh Todak Gaming ini akan menawarkan keselesaan dan kualiti tinggi. Malahan lebih menarik lagi, Anda boleh meletakkan nama (custom name) di cetakan jersi ini.

Inilah masanya untuk anda menyarungkan jersi eksklusif ini ketika di M4 sebagai tanda sokongan sekaligus memeriahkan lagi acara tersebut.

Pasukan Todak Mobile Legends Bang Bang MLBB merupakan organisasi esukan di Malaysia juga didalam divisi Free Fire dan Valorant. Mereka berjaya membawa diri ke peringkat Grand Final Mobile Professional League MPL 10 sekaligus dinobatkan sebagai Naib Juara pada acara tersebut.

Hasil kemenangan tersebut mereka berjaya melayakkan diri ke Mobile Legends World Champion 2023 di Jakarta, Indonesia nanti. Pasukan ini juga akan ditemani dengan juara pertama MPL MY S10 iaitu Team Haq sekaligus membawa nama Malaysia ke peringkat dunia itu.

Selain menjadi organisasi yang terlibat aktif dengan esukan, Todak juga banyak mengeluarkan merchandise dan produk esukan mereka didalam pasaran Malaysia khususnya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *