MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

BetBoom Dengan Roster Baharu Di DPC 2022/2023

ai hyprgame
Kongsi
BetBoom Dengan Roster Baharu Di DPC 2022/2023

Pendaftaran bagi Roster Dota 2 Pro Circuit 2023 sudahpun sampai ke puncaknya, Dimana kita sudah melihat banyak pasukan yang telah melengkapkan Roster mereka masing-masing. Hal ini juga terjadi pada BetBoom yang kini sudah bersedia mengharungi musim baharu penuh kompetetif di Eastern Europen (EEU) Dota Pro Circuit League (DPC).

Kredit : BetBoom

Pasukan BetBoom telah melalui musim yang agak baik ketika 2022 setelah berjaya menamatkan permainan mereka di Top 8 di Stokholm Major. Malahan pasukan ini juga melayakkan diri mereka ke TI11 menerusi Regional Qualifiers dan menamatkan acara ini di tangga 17-20 bersama Roster yang terdahulu.

Menurut BetBoom, Ini merupakan penantian yang agak lama sementara menunggu pengumuman Roster baharu ini dibuat sejak 9 Disember 2022 yang lalu menerusi akaun media sosial rasmi BetBoom sendiri.

Roster baharu BetBoom ini akan disertai oleh Nightfall dan Save yang pernah menjadi sebahagian daripada pasukan Virtus.Pro pada musim yang terdahulu.

Kedua-dua mereka adalah pemain yang versatil dan efektif ketika bermain, Malahan pengalaman mereka dengan pasukan terdahulu sedikit sebanyak akan memberikan impak yang baik kepada BetBoom kelak.

Selain Nightfall dan Save, GPK atau juga dikenali dengan nama romannya Danil Skutin merupakan bekas pasukan Virtus.Pro dan kini akan menjadi Current Role buat BetBoom Team.

Pemain terakhir yang melengkapkan BetBoom Team adalah Alexander Khertek (Torontotokyo) dan akan berperanan sebagai “Position 5 Support” bagi musim hadapan. Torontotokyo telah meraih pencapaian yang baik bersama Team Spirit sebelum ini kerana memenangi The Internation TI10 pada tahun lalu. Selain menjadi Mid Laner yang baik, Dia juga telah menimba banyak pengalaman dengan penyertaan pelbagai perlawanan sepanjang kariernya. Walaubagaimanapun kekecewan di TI11 membuatkan dirinya menukar posisi sekaligus mencuba peranan yang baharu bagi musim akan datang.

Tambahan lagi Pure atau nama sebenarnya Ivan Moskalenko akan berperanan sebagai Carry, Manakala Boolk akan bertindak sebagai Jurulatih dan sistem sokongan kepada BetBoom di DPC 2022/2023 nanti.

BetBoom Team akan bermain di Division 1 untuk Regional League yang pertama EEU DPC 2022/2023 berketepatan dengan Roster baharu ini. Inilah masanya untuk mereka membuktikan divisi ini akan menjadi divisi yang terkuat bersaing dengan pasukan lain di wilayah ini. Mereka akan menghadapi pesaing seperti Team Spirit, Virtus.Pro dan NAVI nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *