MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

G2 Esports Serap Bekas Pasukan Sentinels Sebagai Roster

ai hyprgame
Kongsi
G2 Esports Serap Bekas Pasukan Sentinels Sebagai Roster

Organisasi Eropah G2 Esports kini rasminya telah menandatangani kerjasama bersama 5 orang pemain baharu Valorant bagi persaingan di North American Challengers League tahun depan.

Pemain baharu yang menyertai Roster G2 esports ini adalah bekas pemain Sentinels iaitu Michael Gulino (dapr), Dan Shahzeb Khan (ShahZam). Duo ini akan menyertai G2 bersama dengan nama besar NA Valorant Champion Tour iaitu bekas pasukan Version 1 Erik Penny dan Maxim Shepelev (Wippie).

Kredit : ValorIntel

Selain mereka berempat, Bekas pasukan Dark Ratio iaitu Oxy turut melengkapkan divisi G2 esports pada musim baharu yang akan tiba tidak lama lagi. Manakala bekas ketua pasukan Version 1 iaitu Ian Harding (Immi) kini memegang posisi yang sama bagi G2 esports sebagai ketua jurulatih.

Walaupun pasukan ini tidak berjaya bekerjasama dengan Riot Games bagi mendapatkan slot bersaing di VCT 2023, Pasukan ini tetap serius untuk mempersiapkan Roster bagi menghadapi musim baharu.

G2 Esports atau sebelumnya dikenali dengan name Gamers2 merupakan organisasi esukan profesional Sepanyol yang terletak di Berlin, Germany dan diasaskan pada November 2013 oleh Carlos Rodriguez (Ocelote). Organisasi esukan ini juga terlibat didalam beberapa divisi lain termasuklah League of Legends, Counter-Strike, Apex Legends, Rocket League, Dan Rainbow Six.

Roster baharu ini juga akan bersaing di VCT Challengers Amerika yang akan datang dan semoga dengan penyertaan G2 pada musim hadapan dapatlah menebus semula kesilapan mereka pada musim lalu sekaligus tampil lebih baik buat industri esukan kompetetif ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *