MEMUAT

Taip untuk mencari

Persembahan Terbaik Todak Dan JDT|GBX Esports IESF 2022

ai hyprgame
Kongsi
Persembahan Terbaik Todak Dan JDT|GBX Esports IESF 2022

IESF World Esports Championship 2022 14th telah pun membuka tirainya pada 3 Disember 2022 semalam dengan penyertaan pelbagai wilayah khususnya Asia Tenggara. Acara yang berlangsung di Bali, Indonesia dirasmikan dengan pembukaan yang cukup meriah dan gilang-gemilang dengan penataan budaya Bali, Indonesia untuk menyambut wakil negara masing-masing.

Sudah pasti antara yang menjadi tumpuan buat Malaysia adalah kepada pasukan Todak bagi divisi Mobile Legends Bang Bang dan juga esukan eFootball yang diwakili oleh JDT|GBX Esports. Bagi pasukan eFootball JDT|GBX Esports akan dimainkan oleh Mohd Nor Haikal Mohd Noh. Dia merupakan atlet yang telah menyumbang satu pingat emas bagi kategori eFootball ketika di Kejohanan E-Sukan Komanwel (CEC) 2022 di Birmingham, England, baru-baru ini.

Manakala pasukan Todak yang aktif di Mobile Legends Bang Bang telah pun menjadi Naib Juara bagi Mobile Legends Profesional League Malaysia MPL MY musim ke-10 baru-baru ini.

Kedua-dua bintang esukan tanahair ini telahpun berangkat ke Bali, Indonesia semalam bagi 14th IESF World Esports Championship sekaligus bersaing dengan yang lain demi misi membawa gelaran juara untuk Malaysia.

Perlawanan hari pertama semalam telah menyaksikan persembahan terbaik pasukan Todak Mobile Legends Bang Bang MLBB meratakan pasukan Vietnam iaitu MDH Esports, secara bersih sebanyak 2-0.

Permulaan yang begitu baik ini juga turut dirasakan oleh peminat eFootball apabila Mohd Nor Haikal Mohd Noh berjaya mengutip skor penting ketika bertemu pasukan daripada Brazil bagi kedua-dua pusingan. Pada pusingan pertama, Wakil bagi JDT|GBX Esports ini telah mendapatkan skor 2-1 dan pada pusingan kedua mereka memperolehi mata sebanyak 2 berbalas 4 ketika perlawanan bersama pasukan Brazil.

Menerusi sumber IESF 2022, Pasukan eFootball yang mewakili Malaysia kini telah menduduki tempat Ke-3 didalam carta kumpulan N. Mereka akan berlawan pula dengan pasukan Belanda dan New Zealand pada hari ini.

Setelah menolak pasukan Vietnama ke Lower Bracket semalam, Raja lautan Todak akan bersaing pula dengan pasukan daripada Kemboja pada hari isnin nanti.

Semoga wakil-wakil Malaysia ini dapat melayakkan diri mereka ke grand final dan menjadi juara bagi mengharumkan nama negara dan komuniti esukan seluruhnya. Bagi anda yang mahu menonton perlawanan secara live bolehlah ke YouTube dan Facebook Trans7 Official. Teruskan sokongan anda buat pasukan Malaysia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *