MEMUAT

Taip untuk mencari

Esukan Malaysia Raih 3 Pingat Emas Di Birmingham

ai hyprgame
Kongsi
Esukan Malaysia Raih 3 Pingat Emas Di Birmingham

Walaupun acara esukan di temasya Komanwel 2022 sudah pun tamat, namun bahangnya masih lagi terasa. Usaha skuad Malaysia untuk membuka lebih ruang kepada esukan negara semakin baik kerana berjaya meraih 3 pingat emas bagi temasya tersebut.

Kredit : Grills Gaming

Skuad esukan Malaysia bagi kategori Dota 2 wanita, Lelaki dan kategori individu bagi eFootball berjaya meraih pingat emas buat Malaysia bagi kejohanan esukan Komanwel 2022.

Walaupun pingat ini tidak termasuk didalam kutipan pingat rasmi, ianya masih menjadi suatu pencapaian yang membanggakan bagi komuniti esukan khususnya di Malaysia. 

Kejayaan ini pastinya menjadi batu loncatan buat esukan untuk pergi lebih jauh lagi, dan membuka mata pihak berwajib bagi memperluaskan lagi pengaruh esukan di Malaysia.

Ini juga menjadi bukti yang esukan bukanlah sesuatu yang harus dipandah rendah atau di pandang sebelah mata sahaja. 

Untuk pengetahuan anda, bagi Dota 2 kategori wanita adalah di anggotai oleh Stephanie “Auroraa” Lim, Nadrah “Nada” Saufi, Wong “HG” Wei Sian, Bette “iStarx” Chia dan Tan “Shizuma” Lyn Xhin telah mengalahkan pasukan England pada acara tersebut dengan mata 2-0. 

Manakala buat Dota 2 kategori lelaki yang dibarisi Denise Danial (Wonder’Boy), William Yeoh (Mango’ Rose), Pang Sze Xuan (Ponyo), Chung Wei Shen (Shenorita), Loyd Yoong Binjie (Loyd) dan Ahmad Ahyad (Ahyad) berjaya merangkul pingat emas dengan menewaskan pasukan dari England sebanyak nilai mata 2-1. 

Akhir sekali adalah buat kategori eFootball terbuka, Nor Haikal Noh, berjaya menewaskan pemain lawan daripada Scotland dengan mata 2-0 di pusingan Grand Final. 

Telah terbukti yang Malaysia mempunyai ramai atlet yang berbakat bagi industri esukan ini. Oleh yang demikian adalah sia-sia jika bakat mereka tidak diketengahkan seperti esukan di luar negara. 

Siapa tahu esukan di Malaysia akan menjadi salah satu profesion atau kerjaya seperti sektor yang lain disamping dapat menyumbang kepada kemajuan negara. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *