MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

TSM Lengkapkan Roster Dengan Whitemon Dan Ari

ai hyprgame
Kongsi
TSM Lengkapkan Roster Dengan Whitemon Dan Ari

Selepas kerjasama bersama Kim Doo-youngin (DuBu) tamat bersama TSM pada awal November yang lalu, Kapten pasukan TSM David Tan (MoonMeander) juga berganjak daripada menjadi pemain aktif kepada peranan seorang jurulatih bagi musim seterusnya. Oleh yang demikian, Tempat dan peranan mereka telah kosong dan perlu diisi semula untuk menggantikan ahli didalam TSM.

Kredit : TSM

Akhirnya setelah tinggal lagi seminggu sebelum tarikh penetapan Roster Dota 2 2023 tamat, TSM berjaya memenuhkan tempat kosong tersebut dengan kehadiran pemain daripada Indonesia dan United Kingdom UK.

Menjadi pemain Ke-5 (Support) didalam pasukan ini, Bekas pemain T1 iaitu Matthew Filemon atau juga dikenali sebagai Whitemon akan pertama sekali bermain diluar wilayah Asia Tenggara. Manakala seorang lagi yang akan sebagai Support Role ialah pemain British yang begitu komited menjadikan Dota 2 sebagai karier profesional pada tahun lalu.

Untuk pengetahuan anda, Ari merupakan bekas pemain profesional kepada Heroes of Storm yang telah bertukar kepada divisi Dota 2 pada 2019 setelah era kompetetif HOTS ditutup. Dia juga pernah berjaya meraih 9K MMR dan pada tahun 2022 nilai itu meningkat kepada 11k MMR Milestone.

Tambahan lagi pada tahun ini sahaja Ari berjaya membuat debut DPC ketika di Into The Breach In Tour 3 (Western Europe Division 2). Seiring dengan Nigma, Into The Breach juga telah mempromosikan Division 1, Tetapi pasukan ini perlu mencari 4 lagi ahli bagi mengisi posisi didalam pasukan.

Ini kerana Ari akan berpindah ke Amerika Syarikat US untuk bersaing di Amerika Utara di Division 1 Regional League dibawah pasukan TSM.

Kedua-dua bintang esukan ini akan berjuang bersama Enzo Gianoli (Timado), Jonathan Bryle Santos De Guia (Bryle), Jonas Volek (SabeRLighT), Dan David Tan (MoonMeander) sebagai jurulatih dibawah divisi TSM bagi kejohanan 2023 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *