MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Polaris Esports Juara APAC Predator League 2022

ai hyprgame
Kongsi
Polaris Esports Juara APAC Predator League 2022

Pasukan Dota 2 daripada Filipina iaitu Polaris Esports akhirnya berjaya meratakan pasukan daripada wilayah mereka yang sama Execration dengan skor 2-1 ketika di Grand Finals Asia-Pacific Predator League 2022 yang berlangsung di Tokyo Jepun pada Ahad (13 November ) yang lalu.

Hasil kemenangan ini telah memahkotakan Polaris Esports sebagai Juara APAC sekaligus membawa pulang hadiah berjumlah US$75,000 daripada Prize Pool terkumpul US$120,000 APAC. Manakala pasukan Execration yang dinobatkan sebagai Naib Juara membawa pulang hadiah sejumlah US$30,000.

Polaris mendapatkan kedudukan mereka didalam perlawanan ini setelah memenangi peringkat kelayakkan Filipina pada September lalu. Mereka kemudiannya berjaya mendominasi perlawanan ketika di Playoff dan terus konsisten sehingga ke babak Final. Polaris Esports dipertemukan dengan lawan mereka daripada India iaitu Revengers, Malaysia ChubbyBoiz dan juga skuad daripada Filipina Grindsky Esports ketika di Playoffs.

Manakala pasukan Execration merupakan pasukan yang dijemput ke Tokyo untuk merancakkan lagi perlawanan. Walaubagaimanapun mereka telah kalah ketika perlawanan pertama dengan pasukan Filipina yang lain iaitu TNC sehingga membawa mereka jatuh ke babak lower bracket.

Pertemuan Execration ketika di babak Lower Bracket tidak dibiarkan sia-sia ssat mereka menyingkirkan Australia Boonz+Goonz, ChubbyBoiz dan TNC. Mereka akhirnya berjaya menebus kekalahan mereka ketika bertemu dengan TNC pada perlawanan sebelumnya sekaligus menewaskan Grindsky untuk mendapat peluang ke Grand Final bersama Polaris Esports.

Pasukan Execration cuba mengekalkan momentun mereka daripada Lower Bracket sehinggalah ke Final, Jin Lamatao atau lebih dikenali sebagai Palos yang berperanan sebagai Carry buat Execration berjaya meraih 11 Kills dan 16 Assist dengan cuma satu kali Pudge dimatikan. Prestasi Palos ini membawa pasukannya dengan Kill Lead sebanyak 38-15.

Kemudian di perlawanan yang kedua, Tindakan Polaris untuk Strike adalah terlalu pantas sehingga mereka menguasai Execration pada minit ke-31. Mc Nicholson Villanueva (Lelouch) daripada pasukan Polaris menguasai perlawanan ini dengan Kill tertinggi iaitu sebanyak 16 Kills dan 18 Assist yang membawa pasukannya ke Finals dengan Kill Lead 44-13.

Tindak tanduk Execration untuk bangkit menumpaskan Polaris ketika di permainan yang ke-3 nampaknya terlebih dahulu dihidu oleh mereka. Walaubagaimanapun Nikko Bilocura (Force), dan Marvin Rushton (Xavius) meraih 7 Kills sekaligus membantu pasukan ini dengan 26-9 Kills ketika di akhir perlawanan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *