Berita baik buat semua komuniti esukan kompetetif PUBG Mobile khususnya yang menuntut di IPTA atau IPTS PUBG Mobile Campus Championship kini kembali lagi buat tahun 2022.
Menerusi muatnaik hantaran di media sosial rasmi PUBG Mobile Esports Malaysia, telah mengumumkan akan acara PUBG Mobile Campus Championship 2022 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Seperti tahun sebelumnya acara ini kembali dengan misi untuk mencari bakat-bakat baharu didalam arena esukan PUBG Mobile. Inilah masanya untuk anda berjuang demi kampus kesayangan anda!
Setakat ini PUBG Mobile Esports Malaysia belum lagi mengumumkan tarikh sebenar kejohanan ini. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapat kemaskini atau info terkini berkenaan acara ini di platform media sosial rasmi PUBG Mobile Esports Malaysia.
Recap PUBG Mobile Campus Championship Malaysia 2021 telah menyaksikan pasukan PMS.Phantom telah dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang $5,000USD. Tempat kedua dimenangi oleh TFES Nova dengan $2,500USD dan 3rd Place dimenangi oleh UBMI Esports dengan $1,500USD.
Siapakah yang akan menjuarai PMCC pada tahun ini? Adakah anda akan menjadi MVP terbaik di PMCC tahun ini? Kita nantikan!
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!