MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Drop ChooxTV, MPL PH Kenakan Penalti Kepada Onic

ai hyprgame
Kongsi
Drop ChooxTV, MPL PH Kenakan Penalti Kepada Onic

Sebelum ini komuniti Mobile Legends Bang Bang MLBB khususnya telah mengetahui tentang jendela perpindahan dan roster baharu bagi pasukan-pasukan yang akan bertanding di MPL musim baharu.

Jendela perpindahan ini juga tidak terkecualikan daripada Onic PH yang telah pun membubarkan pemain lamanya dan telah merekrut pemain baharu menjadi roster mereka bagi MPL PH S10 ini.

Kredit :MPL PH

Malahan penubuhan roster baharu Onic PH ini langsung tidak menjejaskan prestasi mereka sehingga mampu mendominasi perlawanan di minggu ke-3 MPL PH S10 dengan Blacklist International sebanyak 2-0.

Kredit :MPL PH

Kemudian Onic PH sekali lagi mendapatkan skor mereka apabila berjaya menewaskan Omega Esports semalam dengan mata 2-1. Ini juga merupakan kemenangan ke-5 mereka sepanjang regular season MPL PH S10 sedang berlangsung.

Walaubagaimanapun semalam kita dikejutkan pula dengan berita pasukan Onic PH dikenakan penalti oleh pihak MPL PH kerana mereka telah melanggar peraturan MPL PH.

Kredit :MPL PH

Isu ini terjadi kerana mereka telah menamatkan kontrak ahli pasukan mereka iaitu ChooxTV secara tiba-tiba sedangkan MPL PH masih lagi berlangsung. Hal ini demikian kerana kontrak ChooxTV masih lagi ada, dan mengikut peraturan MPL PH pertukaran pemain adalah tidak dibenarkan secara unilateral dengan sesuka hati.

Kredit : ABS CBN News Sports

Pengumuman ini juga sebenarnya telah dibuat oleh Onic PH sendiri menerusi akaun media sosial rasmi mereka sendiri. Walaubagaimanapun setakat ini kedua-dua pihak Onic dan ChooxTV tidak memberikan apa-apa lagi kenyataan berkenaan sebab hal ini terjadi.

Setakat ini, pihak MPL PH belum lagi mendedahkan tentang penalti yang bagaimana akan dikenakan kepada Onic PH atas penamatan kontrak pemain mereka ChooxTV secara drastik ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *