MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Dato’ M.Nasir sertai MLBB RSG MY?

ai hyprgame
Kongsi
Dato' M.Nasir sertai MLBB RSG MY?

Semalam Pasukan Mobile Legends Bang Bang MLBB RSG Malaysia memuatnaik satu hantaran tentang orang baharu yang akan menyertai divisi mereka untuk musim baharu ini. Figura Lagenda terkenal Dato’ M.Nasir sebagai flex role RSG MY. Apakah ini hanya prank, gimik atau kenyataan? 

Kredit : Gosu Gamers

Sehingga kini pasukan RSG MY Mobile Legends Bang Bang  tidak mengesahkan secar rasmi senarai MPL MY Musim 10 ini, tetapi RSG MY telah mengejutkan komuniti Mobile Legends Bang Bang dengan mengumumkan penambahan yang agak menarik kepada skuad mereka iaitu penyertaan Dato’ M.Nasir didalam pasukan mereka. 

Pernah menjadi Juara MPL musim yang terdahulu, dan telah bergelut sejak dua musim yang lalu di arena kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB ini. Pasukan RSG MY tidak berhenti berusaha melakukan yang terbaik demi pasukan mereka sendiri. Adakah Dato’ M.Nasir akan bermain atau berperanan sebagai orang kehormat didalam RSG MY sebagai tulang belakang mereka? 

Dato’ Mohamad Nasir bin Mohamed, atau dikenali sebagai Sifu oleh peminatnya, merupakan seorang ikon puisi, penyanyi,komposer, pelakon dan pelbagai bakat lain. Jika difikirkan setakat ini kita tidak melihat kaitan Lagenda seni tanahair ini mempunyai hubungan dengan e-sukan.

May be an image of 1 person and text
Kredit : RSG MY

Walaubagaimanapun, RSG MY kreatif didalam menemui idea untuk berkolaborasi dengan Dato’ M.Nasir apabila menulis caption “Sifu” adalah pemain berperanan “Flex” didalam pasukan. 

Apakah dengan petunjuk istimewa ini memberi tanda yang RSG MY akan mengumumkan Roster mereka yang rasmi bagi MPL MY S10 tidak lama lagi? 

Boleh jadi adanya Sifu akan mencipta hubungan baik dengan beberapa media yang hebat di Malaysia untuk pasukan RSG MY didalam memburu kembali kegemilangan mereka.

Menurut sumber My Game On, peranan Dato’ M.Nasir adalah sebagai Motivator RSG MY bagi persiapan mereka menghadapi MPL MY S10 yang akan bermula Ogos 2022 ini.

Agak-agak anda apakah peranan Dato’ M.Nasir didalam MLBB RSG MY ini? Kita nantikan jawapan rasmi RSG MY menjelang Ogos 2022 nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel sebelumnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *