MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Jadual Penuh Sudah Keluar, Anda Bersedia ?

ai hyprgame
Kongsi
Jadual Penuh Sudah Keluar, Anda Bersedia ?

Akhirnya, jadual penuh PMPL MYSGPH FALL 2022 sudah pun dikeluarkan. Seperti yang dijadualkan PMPL MYSGPH FALL 2022 akan bermula pada 20 Julai sehingga 7 Ogos 2022 (Country League) dan diteruskan dengan pusingan Country Finals pada 26 Ogos sehingga 28 Ogos 2022 nanti. 

PUBG Mobile Esports Malaysia telah pun memuatnaik satu hantaran yang menunjukkan jadual ataupun kita boleh katakan sebagai kalendar penuh kepada acara terbesar PMPL MYSGPH FALL 2022 nanti.

May be an image of ‎text that says '‎PRO LEAGUE PUBG MOBILE 2022 PMPL MYISG/PHFALL GMOBILE KALENDAD 28 OGOS 20 JUL COUNTRY LEAGUE MINGGU1 COUNTRY LEAGUE MINGGU2 7.20-7.24 RABU AHAD IAN JUL 7.27-7.31 RABU- AHAD 8.3-8.7 RABU- AHAD COUNTRY LEAGUE MINGGU 3 OGOS 8.26-8.28 JUMAAT AHAD LIVE ON COUNTRY FINALS MOBILE(MY) KRAFTON MOBILE Esports Ktce PUBG MOBILEMalaysia VSPN ل :pubgmobileofficialmy realme yoo00‎'‎
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Untuk pengetahuan anda, PMPL MYSGPH FALL 2022 ini akan melalui peringkat Country League yang akan berlangsung selama 3 minggu, kemudian akan ke babak finale iaitu Country Finals yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 26 Ogos sehingga 28 Ogos 2022.

Pusingan Country League Minggu 1 akan bermula pada 20 Julai sehingga 24 Julai 2022, Minggu 2 pada 27 Julai sehingga 31 Julai 2022, dan Minggu 3 pada 3 Ogos sehingga 7 Ogos 2022. 

Kredit : Twitter Gamers On Duty

Bagi acara ini, sebanyak 12 pasukan terbaik setiap minggu akan bersaing di map Livik pada setiap Ahad untuk Extra Points. 

Tambahan lagi, setiap pasukan akan mendapat Bonus Points berdasarkan prestasi mereka di “Overall Ranking League”.

Kredit : Twitter Gamers On Duty

Kemudian selepas itu, semua markah bonus ini akan dibawa ke peringkat Country Finals dimana akan hanya ada 16 pasukan teratas berjaya mara daripada pusingan Country League ke pusingan akhir Country Finals.

Cuma pasukan Top 4 sahaja akan ke Country Finals PMPL SEA Championship Fall 2022. 

Buat pasukan yang tidak melepasi ke pusingan finale tersebut, mereka akan diberikan peluang kedua di SEA: Play-In pula.

Peluang kedua di SEA:Play-In ini hanya akan diberikan kepada pasukan yang berada di ranking 5 sehingga 7 Country League. 

Malahan pasukan yang berada di pusingan SEA: Play-In ini juga akan beradu tenaga dengan 4 pasukan teratas APAC sekaligus merebut 3 slot terakhir ke SEA Championship.

Adakah anda bersedia untuk menyaksikan aksi pasukan-pasukan kegemaran anda? Jangan lupa untuk sokong pasukan Malaysia di PMPL MYSGPH FALL 2022!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *