MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Siapakah Gerangan Ahli Baru Lineup Genexus?

ai hyprgame
Kongsi
Siapakah Gerangan Ahli Baru Lineup Genexus?
Kredit : Arked MY

Setakat ini mereka mempunyai 4 pemain utama bagi divisi Genexus PUBG Mobile. Tetapi kerana terdapat kriteria yang memerlukan 5 pemain bagi PMPL musim akan datang, Genexus terkini sedang mencari ahli baru bagi mengisi kekosongan tersebut, siapakah yang akan menyertai line up Genexus nanti?

Kredit : Instagram genexus_official

Siapa yang tidak kenal dengan pasukan Genexus yang sangat sinonim dengan PUBG Mobile Malaysia. Mula menempa nama ketika menjadi juara PUBG Mobile Club Open – Spring Split Malaysia Qualifier dulu. 

Mereka juga telah menyertai PMPL Professional League 2022 dengan membariskan BiuBiu, Looyou, Snappie dan LoongSkr sebagai pemain utama.

Kredit : Instagram genexus_official

Beberapa hari yang lepas, Genexus dilihat menghantar satu hantaran di Instagram rasmi milik mereka dengan gambaran akan membariskan 5 pemain. Mereka dilihat seolah-olah ingin berkongsi tentang berita baik ini kepada semua peminat PUBG Mobile. 

Kredit : Youtube PUBG Gaming

Jika dilihat daripada gambaran hantaran tersebut iainya seperti Smallboy (bekas pemain RSG MY). Namun sejauh mana kebenaran ini pihak Genexus belum lagi memberikan kenyataan rasmi.

Namun, jika benar Smallboy adalah orangnya pasti divisi Genexus ini akan rancak ketika PMPL musim akan datang.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *