Walaupun Pasukan Malaysia telah memberikan prestasi yang terbaik, namun persaingan sengit dengan pasukan negara lain telah mengagalkan mereka meletakkan diri di ranking yang selamat. Mereka masih berada di tangga yang agak tercorot pada hari ke-2 PMPL SEA. Mampukah pasukan Malaysia bangkit semula di pusingan seterusnya?
Untuk pengetahuan, PMPL SEA hari yang ke-2 telah menyaksikan pasukan Malaysia Farang Esports Lejund berjaya mendapatkan Triple Win Win Chicken Dinner WWCD
Namun begitu setelah 12 pusingan berlalu mereka masih tidak mampu merebut tangga teratas daripada pasukan Vietnam iaitu DXAVIER.
Manakala Top 2 dan 3 pula diungguli oleh pasukan Eagle Esports dan Vampire Esports yang langsung belum berpeluang Win Win Chicken Dinner WWCD.
Pemain daripada pasukan 4Rivals iaitu APPY tetap memberikan sumbangan ketika perlawanan apabila memperolehi lebih 2500 damage dengan jumlah 11 singkiran selepas 6 pusingan kelmarin. Walaupun begitu, mereka tetap tidak berjaya untuk berada di kedudukan yang selesa didalam ranking PMPL SEA 2022 ini.
Selain Farang Esports, pasukan Dingoz Esports juga berjaya mendapatkan Win Win Chicken Dinner yang kedua buat Malaysia di PMPL SEA 2022. Disini kita dapat lihat yang Dingoz Esports mempunyai pertahanan yang terbaik sehingga mampu mengekalkan ketepatan dan push pada timing yang tepat sekali bagi menghabiskan musuh terakhir.
Kini cuma tinggal pasukan Yoodo The Alliance 4Rivals dan Team Secret sahaja yang masih belum mampu meraih Win Win Chicken Dinner.
Mampukah dengan persaingan sengit di PMPL SEA ini mampu meletakkan pasukan Malaysia ke kedudukan teratas didalam ranking?
Cuma tinggal 6 pusingan terakhir bagi kedudukan ranking ini bertukar tangan kepada pasukan Malaysia. Siapakah yang akan membuat Comeback bagi merebut gelaran juara di PMPL SEA Championship Spring 2022
Terus berikan sokongan anda di Kejohanan PMPL SEA Championship Spring 2022 akan diadakan di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre, Kuala Lumpur pada 10-12 Jun ini!
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!