MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

TikTok Live Bersama SyedAdeen Sertai QnA MSC 2022

ai hyprgame
Kongsi
TikTok Live Bersama SyedAdeen Sertai QnA MSC 2022

MSC 2022 pun dah nak membuka tirai, kalian mesti tertanya-tanya pelbagai soalan berkaitan dengan MSC 2022 ini. Kalau macam tu apa kata kalian sertai sesi soal jawab (Q&A) menerusi LIVE TikTik Syed Adeen bermula 10 Jun, jam 6 petang ini. Dengar cerita banyak hadiah dan ganjaran yang akan ditawarkan menerusi Live tersebut.

May be an image of one or more people and text that says 'f LIVE ADEEN PLAYS E-SPORTS COMMENTATOR -SPTCOMMTTSTEA & STREAMER GAMING SESSIONS MAMAK TALK TEROKAI MLBB adeenplays Im syedadeen_'
Kredit : Facebook Syed Adeen

Siapa yang tidak mengenali Syed Adeen, seorang Caster Esukan bagi arena kompetetif MLBB dan juga Valorant. Jadi bersempena Piala Asia Tenggara MSC 2022 bagi Mobile Legends Bang Bang MLBB ini. Syed Adeen akan mengadakan TikTok Live di akaun peribadi TikToknya sendiri pada 10 Jun, jam 6 petang.

Kredit : Youtube Syed Adeen

Melalui Live ini anda berpeluang untuk bertanyakan pelbagai soalan berkaitan MSC 2022 yang akan berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) bagi pusingan Playoffs pada 15 ke 19 Jun!

Pastinya Live ini akan menjadi medium perbualan atau sesi soal jawab mengenai isu-isu hangat MSC 2022 bersama peminat-peminat MLBB khususnya di Malaysia

MLBB Surprise Box Event 2022: How to Get Free Skins
Kredit : AFK Gaming

Selain itu, anda juga berpeluang memenangi pelbagai ganjaran daripada Mobile Legends Bang Bang MLBB apabila turut serta seis Live Syed Adeen ini. Cuma tinggalkan komen anda dan tunggu maklumbalas daripada Syed Adeen.

Selain Live bersama Syed Adeen tahun ini Mobile Legends Bang Bang mengadakan pelbagai lagi peraduan buat peminat mahupun pemegang tiket MSC 2022.

Antara peraduan yang dianjurkan oleh Mobile Legends Bang Bang MLBB sempena MSC 2022 ini adlah seperti Cabutan Bertuah Offline (Lucky Draw) yang menawarkan hadiah Skin Lightborn dan Dragon Tamer, Karnival Langsung MSC 2022, dan banyak lagi acara menarik yang lain.

Oleh kerana MSC 2022 kali ini menjadikan Malaysia sebagai Tuan Rumahnya, maka MLBB benar-benar ingin meraikan semua peminat esukan terutamannya MLBB dengan memperbanyakkan pelbagai acara berkaitan MSC 2022.

Ini sedikit sebanyak akan menarik orang ramai untuk mengenali esukan MLBB dengan lebih dekat disamping memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran khususnya Malaysia pada MSC 2022.

Kredit : Youtube MLBB Official

Pastinya, rating untuk MSC 2022 dan MLBB juga akan meningkat kerana ramai yang akan menonton secara Livestream mahupun berada di tempat MSC 2022 diadakan iaitu di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) bagi pusingan Playoffs pada 15 ke 19 Jun!

Kredit : Youtube MLBB Official

Ayuh berikan sokongan kita kepada pasukan TODAK dan Orange Esports di MSC 2022!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Live Q&A dengan ganjaran in-game MLBB! 📷Jom sertai TikTok LIVE bersama SyedAdeen. Inilah peluang anda untuk tanya apa sahaja tentang MSC 2022 di TikTok @mplmy bermula 10 Jun, 6PM!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *