Masih ingatkah kita ketika Rules of Survival masuk di pasaran Malaysia? Ya. Rules of Survival merupakan salah satu permainan rival abadi NetEase, yang lebih mirip game PUBG versi mobile ini akan dihentikan.
Di akaun media sosial Rules of Survival selain ucapan terima kasih kepada semua peminat, pihak mereka telah membuat kenyataan yang Rules of Survival telah dihentikan.
Untuk pengetahuan, permainan ini mendarat lebih dahulu di peranti mudah alih IOS, kemudian disusuli Android. Permainan ini juga menyajikan keseronokkan seperti PUBG seperti aksi payung terjun dari pesawat, mendarat ke sebuah pulau dan bertempur bersama lagi dengan 120 orang pemain.
Malah ada peminat yang memberi komen berupa kata-kata positif mahupun cadangan untuk Rules of Survival menmggunakan kelebihan permainan ini untuk manfaat kepada pengguna nanti.
Hal ini demikian kerana permainan ini mempunyai kualiti dan gayanya tersendiri, sehingga boleh menyaingi PUBGM dari Tencent.
Rules of Survival secara rasminya akan menghentikan operasi permainan bermula 27 June 2022 ini. Dengan itu pengguna tidak dapat lagi mendapat akses server dan semua akaun data, karakter mahupun informasi akan dihapuskan tetapi tidak terhad kepada Karakter, Diamonds, Items, dan juga Material di dalam game ini.
Untuk pengetahuan, pengguna juga boleh membuat bayaran pulangan refund untuk Diamonds yang tak digunakan lagi melalui platform yang betul bermula daripada 28 June 2022 sehingga 28 September 2022 ini.
Pihak Rules of Survival mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan memberi sambutan kepada permainan ini.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!