MEMUAT

Taip untuk mencari

Kenapa Free Fire dikeluarkan dari App Store & Play Store di India?

atq_hyprgame
Kongsi

Permainan yang pertama kali dikeluarkan pada 2017 untuk peranti mudah alih & mengaut lebih dari $1 bilion pada 2019 telah hilang daripada App Store & Google Play Store. Berita ini diumumkan lebuh kurang sebulan selepas Krafton menfailkan 2 tuntutan terhadap Garena. 

Sumber: Twitter @ExpressTechie
Sumber: Twitter @PlayerIGN

Pada September 2021, versi permainan dengan visual & grafik yang dipertingkatkan iaitu Free Fire Max telah dikeluarkan. Namun, kedua-dua versi Free Fire ini tidak boleh didapati di App Store & Google Play Store di India. Menurut sumber lain, Free Fire Max hanya tidak boleh didapati di Google Play Store & masih ada di dalam App Store.

Setakat ini, tiada penjelasan daripada penerbit permainan Garena atau Apple mahupun Google tentang sebab permainan itu hilang dari 2 platform pengedaran digital; App Store & Google Play Store. 

Kemungkinan kenapa Free Fire dikeluarkan dari 2 aplikasi; Apple & Google

Selepas berita ini dikeluarkan, rata-rata dari komuniti Free Fire membuat spekulasi bahawa kedua-dua versi tersebut bakal melalui fasa larangan dari berada di dalam 2 platform pengedaran digital tersebut sekaligus di India. Tapi, buat masa sekarang, maish tiada lagi kata putus tentang alasan perkara itu berlaku. 

Kedua-dua versi permainan Free Fire & Free Fire Max tiada daripada App Store diikuti dengan penyingkiran Free Fire daripada Google Play. Ia agak mengejutkan kerana perkara itu berlaku dalam masa yang singkat. Dan, sumber terbaru menyatakan bahawa Free Fire ada dalam senarai aplikasi yang di banned di India.

Sumber: Twitter @SuplambLaDe
Sumber: Twitter @mosaddikur_404

Ada beberapa pemain yang melaporkan bahawa mereka menghadapi masalah semasa mengakses permainan tersebut. Pemain telah membawa isu ini ke media sosial melalui satu pautan tweet di Twitter & mengemukakan permasalahan itu kepada Garena.

Menjawab tentang isu tersebut, Garena menyatakan bahawa,

“Kami sedar tentang isu itu dan mendapatkannya disiasat. Sementara itu, sila kongsi nama Network Provider & juga jika anda menggunakan data mudah alih atau Wi-Fi untuk melancarkan permainan.”

Sumber: Gamingonphone @ Facebook Garena Free Fire

Menurut spekulasi yang lain, mungkin permainan ini telah dialih keluar buat sementara waktu kerana ingin membuat kemaskini yang akan datang. Dan, akan dimasukkan semula ke dalam App Store & Google Play Store sekali lagi sebaik sahaja kemaskini itu dilancarkan. 

Satu lagi senario yang mungkin berlaku hasil daripada pengeluaran Free Fire dari 2 aplikasi tersebut adalah untuk menyelesaikan isu log masuk yang dialami pemain semasa menjalankan permainan. Dan, scenario yang lebih teruk adalah disebabkan oleh kes tuntutan Krafton terhadap Garena.

Buat masa sekarang, tiada apa-apa lagi penjelasan kenapa Free Fire dikeluarkan dari 2 platform pengedaran digital tersebut. Sehingga berita rasmi keluar, komuniti Free Fire harus menunggu penjelasan daripada Garena sendiri.

Sumber: Gamingonphone & The Indian Express

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *