MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Dominasi AV Radicals Di MCPS Grand Finals

ai hyprgame
Kongsi
Dominasi AV Radicals Di MCPS Grand Finals

Pertarungan MCPS musim ke-4 telah pun ke kemuncaknya, Semalam kita telah menyaksikan pada daripada Filipina iaitu AV Radicals telah mendominasi dengan berada di ranking 1 hari pertama Grand Finals. AV Radicals semalam berjaya mendapat 2 Booyah, 61 Total Kills, 56 Placement Points dan Total Points sebanyak 117.

Dua pasukan Malaysia tidak kurang hebatnya apabila Expand dan Geek Fam masing-masing memegang kedudukan di Top 2 dan Top 3. Pasukan Expanda berjaya mendapatkan 1 Booyah, 54 Total Kills, 50 Placement Points, dan 104 Total Points. Manakala pasukan Geek Fam mendapat 1 Booyah, 53 Total Kills,49 Placement Points dan 102 Total Points.

Dan hari ini merupakan hari yang terakhir bagi kesemua 12 pasukan yang bertanding daripada region Malaysia, Filipina ini bakal dinobatkan sebagai Juara MCPS Musim Ke-4.

Siapakah pasukan Malaysia yang akan merebut tahta Top 1 dan menolak pasukan Filipina? Atau adakah pasukan Malaysia yang berada ditangga yang agak bahaya akan bangkit semula merampas kedudukan?

Perlawanan MCPS S4 yang berlangsung selama 2 hari ini akan memberikan habuan Prize Pool terbesar kepada penonton iaitu sebanyak USD 70,000 kepada kesemua peserta yang bertanding.

MCPS merupakan gabungan antara 4 region utama iaitu Malaysia, kemboja, Filipina dan Sri Lanka merupakan acara terbesar yang akan melahirkan juara bagi musim ini pula.

Sementara itu, Garena Free Fire juga telah mewujudkan Ganjaran Milestone Penonton bagi mendapatkan penebusan percuma , Malahan 3 set Jaket Bomber MCPS Majors Musim 4 akan diberikan setiap hari kepada penonton bertuah yang menjawab pop kuiz dalam strim MCPS S4 Majors Garena Free Fire dengan betul.

Bersempena kejohanan Grand Finals MCPS S4 Majors ini, Garena Free Fire juga mengadakan Watch Party di Khemah Karnival E-Sports, Stadium Nasional Bukit Jalil sabtu dan ahad ini.

Inilah peluang anda sebagai peminat Garena Free Fire untuk beramah mersa bersama personaliti Free Fire kegemaran anda seperti
JebatG , MrTodakk , Obvy , SpiderGunz , Suaa Gaming sambil memberikan sorakan dan sokongan untuk menyokong pasukan terbaik di region ini.

Terdapat pelbagai aktiviti yang berlangsung bersempena acara ini, Disamping berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah termasuk kod item dalam permainan, plushie Free Fire dan patch tampalan Free Fire sementara stok masih ada kerana stok adalah terhad.

Jika anda datang awal, anda juga berpeluang untuk membawa pulang Jaket Varsiti Free Fire untuk Semua dan Jaket Bomber Edisi Terhad MCPS Musim 4.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *