MEMUAT

Taip untuk mencari

GEEKPutriiNIH di banned selama 6 bulan oleh PUBGM ID

Kongsi
GEEKPutriiNIH di banned selama 6 bulan oleh PUBGM ID

Terbaru ! Sekali lagi muncul pelanggaran antara pemain di dalam kejohanan DG WIB Championship. Tetapi kali ini, ia melibatkan peserta/pemain wanita yang telah melanggar aturan pemain semasa di peringkat Play-ins DG WIB Championship PUBG Mobile Ladies Team. 

Perkara ini membuatkan kejohanan DG WIB dilihat buruk setelah muncul pelanggaran undang-undang beberapa kali di kejohanan itu.

Perkara ini telah diumumkan oleh pihak PUBG Mobile Indonesia melalui satu pengumuman di sosial media rasmi mereka (Instagram) yang telah menyatakan larangan terhadap seorang pemain yang bernama GEEKPutriiNIH atau nama sebenarnya Putri Aurelia daripada menyertai mana-mana kejohanan rasmi PUBG Mobile selama 6 bulan bermula semalam.

Credit : PUBG Mobile Indoesia

Permasalahan ini dinamakan sebagai “Ringing”, ia terjadi apabila GEEKPutriiNIH telah mengunakan identiti individu lain dan menggunakan akaunnya sendiri untuk bermain di kejohanan itu. Tidak seperti perkhidmatan “Joki” individu yang menggunakan akaun pemain berdaftar serta identiti pemain yang berdaftar dalam sesuatu pertandingan.

PUBG Mobile Indonesia telah mengambil tindakan yang setimpal dan memperingati kepada semua pemain yang menyertai mana-mana kejohanan rasmi mereka, agar tidak melanggaran mana-mana aturan yang telah ditetapkan. Demi menjaga ekosistem esukan PUBG Mobile di masa kini dan akan datang.

Mari kita lihat daripada sisi Putri Aurelia a.k.a GEEKPutriNIH pula. 

Source : IG Putri.ax11
Soruce : IG Putri.ax11

Menurut Putri Aurelia, perkara ini tercetus apabila terdapat sedikit miscommunication antara pemain yang berdaftar dan pengurus mereka. Semasa pusingan Play-Ins, Putri Aurelia telah dipanggil untuk bermain buat pasukan itu, malah Putri telah menanyakan konfirmasi kepada pengurus pasukan itu sekiranya perkara itu dibolehkan ataupun tidak tetapi disebabkan pengurusnya mendiamkan diri dan dengan masa yang berbakikan beberapa minits sebelum permainan dimulakan. Putri terus bermain tanpa menanyakan perkara itu lebih lanjut.

Tetapi malang buat Putri Aurelia, apabila perkara itu menyebabkan dirinya dihukum tanpa mendengar penjelasan ataupun mendengar perkara yang sebenar. 

Source : IG Putri.ax11
Source : IG Putri.ax11

Putri Aurelia telah menegaskan kepada warga netizen untuk menghentikan Hate-speech terhadapnya. Dia tidak akan meragu-ragu untuk mengambil sebarang tindakan tegas terhadap individu yang membuatnya tidak senang dan membulinya di sosial media.

Akhirnya sekali, Putri Aurelia telah mengambil keputusan untuk memfokuskan kehidupan hariannya dan tidak akan kembali ke scene kompetitif PUBG Mobile untuk selama-lamanya. Beliau yang sebelum ini, pernah berhenti daripada bermain kompetitif dan kembali aktif selepas mempunyai waktu lapang di sebelah malam. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya