MEMUAT

Taip untuk mencari

Wah ! Lepasni dah boleh main GTA 6

Kongsi
Wah ! Lepasni dah boleh main GTA 6

Selepas bertahun-tahun khabar angin dan spekulasi berkenaan keluaran GTA 6, Rockstar Games telah mengesahkan GTA 6 yang ditunggu-tunggu sedang dibangunkan dalam catatan blog di halaman webnya baru-baru ini.

Kewujudan GTA 6 telah lama dipersoalkan oleh peminat, berikutan popluariti yang diterima oleh GTA 5 terus berkembang di generasi permainan konsol. GTA 5 merupakan permainan video yang terlaris, dan ia juga dibolehkan untuk bermain secara dalam talian. Keluaran GTA 5 pada masa akan datang di PS5 dan Xbox X/S, akan mempunyai lebih insentif dalam membawa siri permainan itu kehadapan. Permainan ini juga memberikan pulangan wang yang besar kepada pihak pembangun.

Rockstar Games telah secara rasmi menyatakan dalam satu kenyataan di laman webnya bahawa GTA 6 sedang dalam proses pengeluarannya, menamatkan ketidakpastian mengenai kewujudannya kepada peminat. Rockstar Games juga menyatakan perkara itu Twitter untuk menyebarkan berita kepada jutaan peminat globalnya.

Malangnya, setakat ini semua yang telah didedahkan ialah permainan itu masih dalam proses untuk membangunkan. Tiada maklumat mengenai bila GTA 6 akan dikeluarkan atau platform mana ia akan dilancarkan dahulu. 

Jika nak dibincangkan tentang pelancaran GTA 6 semestinya tiada kesudahannya. Namun, dengan berita yang disampai oleh pihak Rockstars telah memberikan sedikit sebanyak kegembiraan kepada peminat. Kami akan terus memberikan perkembangan GTA 6, kita tunggu dan lihat perancangan RockStars.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya