MEMUAT

Taip untuk mencari

Apex Legends Mobile dah ada di PlayStore !

Kongsi
Apex Legends Mobile dah ada di PlayStore !

Permainan Battle Royale Apex Legends Mobile telah membuka pra pendaftaran secara rasminya di Google Playstore. Apex Legends sebelum ini telah menjadi bualan hangat di kalangan peminat battle royale yang setia menunggu kemunculan permainan itu di platform mudah alih.

Pada awal bulan Januari 2022, Apex Legends mempunyai sebanyak 264,287 pemain yang aktif di platform PC. Meskipun, permainan ini kurang terkenal di kalangan komuniti esukan Malaysia tetapi itu tidak membuatkan permainan ini terhenti dari mengembangkan lagi idea-idea untuk menarik perhatian ramai.

Platform esukan Malaysia lebih tertumpu kepada permainan video mudah alih, ini disebabkan pemain mampu untuk bermain di mana-mana dan tidak perlu menghabiskan ribuan ringgit bagi mendapatkan spec modifikasi komputer untuk membolehkan mereka bermain permainan video tertentu. Lebih-lebih lagi, anak-anak muda sekarang lebih selesa menggunakan telefon pintar berbanding komputer.

Keluaran Apex Legends versi mudah alih, memberikan pengalaman yang hebat bagi sesiapa yang tidak pernah mencuba nya sebelum ini. Menyediakan berbagai karakter untuk dimainkan serta garfik yang menarik bagi memberi pengalaman yang lebih menyeronokkan kepada pemain.

Kepada sesiapa yang ingin membuat pendaftaran boleh ikuti langkah ini :

  • Langkah pertama : Buka aplikasi Google Play Store yang disediakan di dalam device anda, kemudian tulis title permainan ini “Apex Legends Mobile”.
Users can tap on the 'Pre-register' button (Image via Garena)
Credit : Sportskeeda.com
  • Langkah kedua : Anda akan lihat ikon Apex Legends Mobile beserta butang “Pre-Register” dan tekan “Install when available” sekiranya anda ingin memuat turun sejurus permainan ini disediakan atau “got it” untuk menerima notifikasi sekiranya permainan ini telah tersedia untuk dimuat turun.
Click on 'Got it' to complete the registration for the game (Image via Google Play Store)
Credit : Sportskeeda.com

Seperti di platform PC, Apex Legends hanya membenarkan tiga orang pemain sahaja untuk berada di dalam satu pasukan berbeza dengan permainan battle royale yang lainnya. Terdapat 20 pasukan akan berada di dalam satu match dan hanya satu pasukan sahaja akan digelar champion.

Apa lagi tunggu ? Jom buat pra pendaftaran !

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya