MEMUAT

Taip untuk mencari

Streamer Apex Legends telah di Ban oleh Twitch

Kongsi
Streamer Apex Legends telah di Ban oleh Twitch

Twitch telah melarang streamer Apex Legends yang dikenali sebagai Captain Valenti dari meneruskan penstriman di platform mereka.

Perkara itu tular di media sosial, selepas mangsa yang dikenali @cirohsa telah memuat naik klip video berkenaan serta ugutan yang diterimanya dari Captain Valenti di Twitter. Lebih mengeruhkan lagi, apabila Captain Valenti mengugut untuk membunuh keluarga Cirohsa secara terang-terangan semasa ia sedang membuat siaran langsung.

Di dalam garis panduan komuniti, mereka secara khusus menyatakan bahawa “percubaan atau ancaman untuk mencederakan atau membunuh orang lain secara fizikal” adalah kesalahan yang tidak boleh ditoleransi, dan kes ini dipenuhi dengan penggantungan yang tidak ditentukan.

Walau bagaimanapun, video klip tersebut telah di fowardkan ke ahli developer Apex Legends di Respawn Entertainment dan telah mendapat perhatian daripada beberapa ahli streamers yang lain.

Bagi seorang yang dikenali umum dan melakukan penstriman sebagai kerjaya, semestinya ia harus menunjukkan contoh yang baik terhadap orang ramai dan menjaga kata-kata ketika melakukan siaran langsung. Jika terlampau mengikutkan amarah diri, ia akan menghancurkan segalanya dalam sekelip mata.

Captain Valenti telah dibanned dari melakukan sebarang siaran langsung di Twitch, dan beliau juga telah dikenakan larangan untuk bermain Apex Legends. Pemain yang bersikap toxicity tidak diperlukan di dalam permainan berkenaan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *