MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MY S9: Axis Esports is back! Kolaborasi dengan Team Haq

atq_hyprgame
Kongsi

Axis Esports bukanlah nama yang baru dalam scene kompetitif MPL. Antara pencapaian tertinggi yang pernah didapatkan oleh Axis Esports adalah ketika mereka menjadi wakil Malaysia di M1. Barisan pemain mereka pada ketika itu terdiri daripada Rynn, Scott, Loong, Scott & Laci. 

Kini, Axis Esports kembali di MPL Malaysia S9 untuk berkolaborasi bersama dengan Team Haq. Mungkin komuniti MLBB Malaysia sudah pun tahu bahawa Axis Esports telah memiliki slot yang didapatkan oleh Mikey di saringan kelayakan MPL Malaysia S9.

Sumber: Axis Esports
Sumber: Team Haq

Dan, dari barisan pasukan yang diumumkan oleh MPL Malaysia, memang Mikey tidak akan bertanding di MPL Malaysia S9. Ada dalam kalangan komuniti yang tertanya-tanya kenapa Mikey tidak bertanding & melepaskan slot mereka kepada pasukan lain. 

Pertanyaan itu masih dalam tanda tanya. Nak ikutkan, ramai yang mahu melihat Ombong Haha membuat comeback di MPL Malaysia S9 tetapi tidak kesampaian apabila kolaborasi antara Axis Esports & Team Haq terjadi. 

Sumber: MPL Malaysia

Mungkin ini juga satu berita gembira untuk sebahagian daripada komuniti kerana sebelum ini timbul isu tentang pasukan yang sama sahaja bertanding di MPL Malaysia. Ada yang mahu melihat muka baru. Dan, inilah masanya untuk melihat bakat baru!

Selain daripada kolaborasi ini, pasukan Axis Esports juga akan memiliki 2 bekas pemain kembar Orange Esports iaitu Mann & Minn. Buat masa ini, roster lengkap Axis Esports masih belum diumumkan. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *